Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan juga stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.

"Mereka bertindak melampaui batas-batas sivil dalam hal ehwal politik.

"Saya tahu Umno terus berbuat begini dengan membayar orang untuk memburukkan nama orang lain," katanya.

Menurutnya, saman itu difailkan kerana kedua-dua pertubuhan berita itu kerana menyiarkan dakwaan berkenaan tanpa mendapatkan ulasannya mahu pun memberikannya ruang untuk membuat ulasan balas bagi membela dirinya.