Showing posts with label calon PAS.. Show all posts
Showing posts with label calon PAS.. Show all posts

18 April 2013

PRU 13 - Senarai penuh calon PAS Kelantan

Berikut adalah senarai penuh calon-calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU 13 di Kelantan


Tumpat Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa 
Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

13 April 2013

PRU 13 : Senarai calon PAS bagi Parlimen dan DUN Johor



JOHOR BAHRU - Berikut senarai calon Pas yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:
  
    Parlimen
 
    Pagoh           : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
    Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim
    Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw
    Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat
    Mersing         : Roslan Nikmat
    Tenggara        : Muhamad Said Jonit
    Kota Tinggi     : Onn Jaafar
    Pulai           : Salahuddin Ayub

06 March 2011

Calon PAS Merlimau tak boleh mengundi

JASIN: Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan.

Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau.

Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan.

Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad.

Seramai 10,679 pengundi DUN Merlimau bakal menunaikan tanggungjawab mereka sebelum proses pemilihan tamat pukul 5 petang manakala keputusannya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini.

Kerusi kawasan tersebut kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu - mStar
NOTE : Berita terkini di Twitter sebelah

26 October 2010

PRK Galas : Fitnah khalwat - blogger UmNO minta maaf

Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi ‘halangan pertama’ saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.

“Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut,” kata beliau di sini hari ini.

“Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar,” kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.
Zulkefli Mohamad


Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu,” katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS - bloglistmalaysia

22 October 2010

PRK Galas : "Saya tidak pernah ditangkap khalwat, saya tidak merokok" calon PAS - Dr Zulkefli

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive