Showing posts with label ipd BrickfieldIP. Show all posts
Showing posts with label ipd BrickfieldIP. Show all posts

04 August 2012

IPD BRICKFIELDS : Amaran Nurul pada Nong Chik

MENTERI WILAYAH WAJIB BERCAKAP BENAR
Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).

Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive