Showing posts with label jenayah rompakan. Show all posts
Showing posts with label jenayah rompakan. Show all posts

17 July 2012

AWAS !! Pengguna Lebuhraya LEKAS ... SAYA HAMPIR KENA SAMUN SEMALAM .

Salam,

Nak SHARE story dgn rakan2 kat dlm CG. Semlm sy g KL sebab ade keje2 yg perlu diuruskan. Sy ditemani oleh isteri sy. Dlm perjalanan blk ke rmh (seremban) sy ikut highway LEKAS. Disebabkan terlalu penat (sy tgh demam) mse drive sy stop kt R&R Beranang dlm pkl 3pg. Sy dan isteri park kereta (myvi), off engine & buka sedikit tingkap utk pengudaraan lps tu tido. Dlm pkl 3.10 pg isteri sy kejutkan sy bila sy bgn ade 4 org lelaki berbangsa india (Penyamun) mengepung kereta sy dan cube umpil pintu kereta. Sy terkejut terus hidupkan kereta & cube beredar dr situ. Salah seorng dr mereka cube cederakan sy dgn menjolok pembuka tayar kereta kat tingkap yg terbuka sedikit tp sy sempat pegang dan terlps dr tangan dia. Sy terus drive tp laluan R&R keluar ke highway diaorg block dgn kereta diaorg (Waja Kelabu/Coklat)

14 May 2011

Rumah MP BN Batu Sapi kena rompak, lebih RM500 ribu beb ....

KOTA KINABALU: Police have arrested three men in connection with the robbery at Batu Sapi MP Datin Linda Tsen Thau Lin's house, during which about RM500,000 in cash and jewellery were stolen.

Kota Kinabalu City deputy police chief Supt Ramli Ali Mat said the men were with an air-conditioning service company and had worked at the house a day before it was ransacked on May 11.

Ramli said the suspects, aged between 20 and 40, were arrested on Friday.

18 November 2010

Awas jika terima SMS dari gadis yang ingin berkenalan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru berkenalan dengan seorang gadis beberapa hari lalu tidak menyangka kekasih barunya itu adalah ahli sindiket peras ugut yang sengaja memerangkapnya sebelum memaksa membayar wang tebus dosa jika mahu dibebaskan.

Kumpulan dianggotai gadis berkenaan bersama beberapa lelaki lain dikesan sengaja menggunakan taktik itu sebagai umpan untuk memikat mangsa selain menjalin hubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum mengajak mangsa bertemu.

Sebaik bertemu, anggota lelaki kumpulan itu akan muncul sebelum menyalahkan mangsa dengan menuduhnya mengganggu gadis itu yang didakwa teman wanita salah seorang daripada mereka.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta dikatakan baru mengenali seorang gadis beberapa hari lalu sebelum mereka saling berbalas SMS.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Sunway, Subang Jaya mendakwa menerima SMS daripada gadis itu kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

“Gadis terbabit sengaja mengatakan rindu kepada mangsa kemudian mengajak bertemu di sebuah kelab malam di ibu kota. “Mangsa yang teruja dengan godaan gadis berkenaan segera memandu kereta untuk bertemu dengannya tanpa mengetahui mengenai latar belakang gadis itu dengan tepat.

“Mangsa yang tiba ke lokasi dijanjikan di Jalan Doraisamy, sejam kemudian segera keluar dari kenderaan sebelum bersalaman dengan gadis terbabit tanpa curiga,” katanya.

Namun mangsa terpinga-pinga apabila muncul lima lelaki tidak dikenali yang bertindak mengepungnya. Salah seorang daripada mereka merampas kunci kereta selain berpura-pura menuduh mangsa perampas kekasih orang.

“Salah seorang lelaki itu sengaja mengajukan soalan mengapa mangsa sengaja menyentuh gadis yang didakwa miliknya. “Mangsa cuba memberi penjelasan namun kumpulan itu enggan mendengar alasan sebelum menyerang mangsa.

“Kumpulan itu sengaja menumbuk kepala dan tubuh mangsa beramai-ramai sebelum mengugut mangsa membayar wang tebus dosa sebanyak RM3,600 jika mahu dibebaskan,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak membawa wang sebanyak itu dan hanya memiliki wang RM1,800 dalam dompetnya. “Suspek merampas semua wang mangsa sebelum memulangkan kunci kereta. Kumpulan itu melarikan diri bersama gadis terbabit yang langsung tidak membantu mangsa ketika diserang.

“Mangsa yang membuka kereta bagaimanapun terkejut apabila mendapati minyak wangi dan pelbagai barang berharga di dalam kenderaannya hilang. “Mangsa yang kerugian lebih RM4,000 kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Susulan laporan kejadian peras ugut itu, polis segera menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana jenayah rompakan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - myMetro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive