| RAZUAN Mohd Azudin (kanan) tetap memberi penegasan kepada Phee Boon Poh (kiri) sambil diperhati oleh 'Yaacob Bebas' (tengah) |
SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.
Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.
"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town