Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini, kata satu sumber.
Sumber dalaman PKR memberitahu, perkara itu mungkin berlaku sebagai ganjaran Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor kepada Anwar selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider yang enggan namanya didedahkan.
"Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan."


![AnwarrenungKhalid[1]](http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2014/01/AnwarrenungKhalid1.jpg)

