Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihan raya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihan raya.
Showing posts with label TOL... Show all posts
Showing posts with label TOL... Show all posts
19 December 2013
Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
DECEMBER 19, 2013
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tahun hadapan. Gambar fail.Amalan penswastaan Putrajaya sekali lagi berdepan kritikan, dengan penganalisis berkata rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap perjanjian konsesi berat sebelah menyebabkan harga tol akan naik bulan depan.
Kesilapan Putrajaya pada masa lalu kembali berulang kerana terikat dengan perjanjian tersebut dan kenaikan tol adalah salah satu daripada perjanjian - kerajaan terpaksa mengalah dan tunduk kepada syarikat konsesi.
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tetapi kerajaan belum lagi mengumumkan kadar akhir.
'Turunkan, Bukan Naikkan Kadar Tol' - BNBBC
Oleh RAZAK AHMAD, WANI MUTHIAH, NEVILLE SPYKERMAN dan RAHIMY RAHIM
![]()
PETALING JAYA: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu. |
18 December 2013
Anwar: PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor
Oleh : Siraj

PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.
15 December 2013
Baru padan muka hangpa ... aku pun sama la ... hahaha
Ahad Disember 15, 2013
Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Dielakkan- Abdul Wahid
Abdul Wahid Omar
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
01 March 2012
Tol Cheras - Kajang dimansuh
Sebahagian tol Lebuh Raya Kajang-Cheras mansuh
1 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Sebahagian tol Lebuh Raya Kajang-Cheras, yang dikuatkuasakan sejak lebih satu dekad, dimansuhkan antara 90 sen dan RM1 berkuat kuasa tengah malam ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tol bagi laluan menghala ke Kuala Lumpur di Batu 9 dan menghala ke Kajang di Batu 11, masing-masing RM1 dan 90 sen dimansuhkan.
AKAN MENYUSUL
AKAN MENYUSUL
16 May 2011
Tol Salak dan Taman Connaught dimansuhkan mulai malam ini
Kutipan tol Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dimansuhkan
2011/05/16
KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught dimansuhkan serta-merta malam ini, tujuh tahun lebih awal daripada tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.
Perkara ini diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Datuk Shaziman Abu Mansor
2011/05/16
KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught dimansuhkan serta-merta malam ini, tujuh tahun lebih awal daripada tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.
Perkara ini diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Datuk Shaziman Abu Mansor
Subscribe to:
Posts (Atom)

