SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula kerajaan BN agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol.
Menurutnya, ia adalah kerana BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat.
"Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'.
"Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ianya pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya, semalam.
Selain itu, Reezal turut menyeru Kementerian Kerja Raya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada masa akan datang.
"Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan. Antara lebuhraya baharu dalam peringkat kajian, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mempunyai implikasi kewangan 'harian' kepada pengguna," katanya.
Katanya lagi, Kementerian Kerja Raya juga perlu menyatakan kepada umum mengenai status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
"Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula, apatah lagi ia dinyatakan secara spesifik dalam Pelan Perancangan Strategik Kementerian Kerja Raya.
"Rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati, agar ia tidak membebankan rakyat dalam apa jua keadaan. Berdasarkan maklum balas rakyat, mereka terbeban dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini," katanya. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment