19 December 2013

Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa

DECEMBER 19, 2013
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tahun hadapan. Gambar fail.Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tahun hadapan. Gambar fail.Amalan penswastaan Putrajaya sekali lagi berdepan kritikan, dengan penganalisis berkata rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap perjanjian konsesi berat sebelah menyebabkan harga tol akan naik bulan depan.
Kesilapan Putrajaya pada masa lalu kembali berulang kerana terikat dengan perjanjian tersebut dan kenaikan tol adalah salah satu daripada perjanjian - kerajaan terpaksa mengalah dan tunduk kepada syarikat konsesi.
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tetapi kerajaan belum lagi mengumumkan kadar akhir.
Cadangan kenaikan tol diumumkan ketika Putrajaya telah pun mengumumkan kadar tarif elektrik baru serta cadangan untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam di ibu kota.
"Jika anda menandatangani perjanjian, anda perlu berpegang dengan apa yang anda telah tandatangani," kata perunding ekonomi Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan seorang pegawai bank Syed Akbar Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.
"Jika anda menentang kenaikan tersebut, mengapa anda menandatangani perjanjian itu," ujarnya yang mempersoalkan tindakan kerajaan.
Syed Akbar merujuk kepada manifesto (BN) pilihan raya Barisan Nasional (BN), di mana Datuk Seri Najib Razak berjanji kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Beliau adalah PM ya. Tetapi dengan pihak berkuasa mana beliau berjanji? Satu perjanjian, yang mengikat secara sah telah ditandatangani."
Ketua ekonomi RAM Holdings Berhad Dr Yeah Kim Leng bersetuju, sambil menambah bahawa jika perjanjian konsesi tidak dipenuhi, kredibiliti kerajaan akan berdepan risiko.
"Bukan itu sahaja, penarafan kredit Malaysia juga akan terjejas.
"Sudah tentu kerajaan boleh menggunakan pengaruhnya untuk meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini lebih bertimbang rasa dalam kenaikan tol," katanya lagi.
Bagaimanapun, ahli ekonomi menggesa Putrajaya untuk melihat ke dalam isu ini 'satu persatu', meneliti mana satu tol yang buat untung atau sebaliknya.
"Jadi mungkin untuk mengurangkan kesan ke atas pengguna jalan raya, mereka boleh meningkatkan tol lebuh raya yang tidak benar-benar membuat wang kerana aliran trafik yang rendah.
"Kenaikan tol di lebuh raya yang sedia sesak dan banyak membuat untung kerana jumlah trafik yang tinggi bukan suatu yang wajar.
"Kerana ini kemudiannya akan memberi Putrajaya lebih banyak kelebihan untuk 'memujuk dan merundingkan semula 'dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya agar tidak menaikkan kadar tol mereka," tegasnya lagi.
Syed Akbar mencadangkan Putrajaya supaya lebih berhati-hati dalam menandatangani perjanjian pada masa depan untuk mengelakkan isu-isu kenaikan tol ketika kos sara hidup meningkat berikutan kenaikan harga petrol, gula dan lain-lain.
"Salah satu syarat mereka perlu masukan adalah seperti jumlah peningkatan trafik, kenaikan tol lebih rendah dan kenaikan harus ditambat dengan jumlah wang yang syarikat konsesi berhutang kepada bank, "katanya.
"Selain itu, tempoh  konsesi juga perlu diteliti kerana sebahagian daripada mereka mempunyai tempoh konsesi yang panjang."
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata Putrajaya "lebih mengasihani" apabila menandatangani perjanjian dengan konsesi lebuh raya dan syarikat bekalan air.
Beliau menegaskan kerajaan berkemampuan berunding semula untuk memendekkan tempoh konsesi dan untuk menghentikan kenaikan kadar tol, memandangkan perjanjian adalah berdasarkan kepada unjuran jumlah trafik untuk menggunakan lebuh raya tertentu.
"Di lebuh raya bandar seperti Lebuhraya Pantai Baru dan Kesas, pengguna lebih banyak daripada apa yang mereka jangkakan.
"Oleh itu, Kadar Pulangan Dalaman sebanyak 15% akan dicapai lebih awal dan mereka akan memperoleh pelaburan mereka," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor tersebut.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga menyalahkan kenaikan tol berpunca daripada 'kekurangan integriti ' yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat, menyifatkan kegagalan untuk mengamalkan tender terbuka dalam pemberian sebagai punca perjanjian menjadi berat sebelah.
"Sepatutnya , syarikat konsesi tol telah memperoleh kembali pelaburan awal mereka dan tidak perlu untuk mengumpul lagi bayaran tol tetapi disebabkan perjanjian konsesi, mereka mempunyai hak untuk terus mengumpul bayaran tol dan menaikkan kadar. Jadi ini adalah kekurangan kerajaan Barisan Nasional dalam integriti.
"Syarikat tersebut hanya mengumpul keuntungan bersih daripada kutipan tol, ditolak dengan kos penyelenggaraan. Kami menentang cadangan kenaikan ini, tetapi oleh kerana perjanjian itu telah ditandatangani , orang ramai perlu menanggungnya," kata pemimpin DAP itu.
Dr Dzulkefly berkata perjanjian konsesi perlu diteliti semula bagi melindungi kepentingan awam.
"Tetapi ia jelas sekarang kerajaan lebih berminat untuk menjaga syarikat konsesi kroni kerajaan BN.
"Butir-butir perjanjian konsesi perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan yang lebih besar kepada rakyat, "kata beliau. – 19 Disember, 2013. -TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive