Showing posts with label kimma. Show all posts
Showing posts with label kimma. Show all posts

21 January 2013

Listen Listen Listen Sharifah Zohra jangan lari - Presiden KIMMA


January 21, 2013

Presiden KIMMA menyarankan supaya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak lari dari masalah yang diwujudkannya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Jan — Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak perlu melarikan diri sebaliknya perlu menyambut tawaran forum yang mengundangnya, kata Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam laporan hari ini, Sharifah Zohra mengesahkan tidak akan menghadiri  forum “Kebebasan Akademik dan Hak Asasi” yang akan  diadakan esok di Dewan Perhimpunan Cina.

15 January 2013

Sharifah Zohra memang bersikap liar - Presiden KIMMA

January 15, 2013
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.
Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."

20 April 2011

KEADILAN Jelutong cabar Presiden KIMMA dedah individu tawar RM55 juta

PULAU PINANG: KEADILAN Jelutong hari ini mencabar Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader supaya mendedahkan individu yang didakwanya pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong pembangkang, semalam.
Setiausaha KEADILAN Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin dalam kenyataanya berkata, Syed Ibrahim perlu tampil ke depan sekiranya perkara yang dinyatakannya benar dan beliau perlu menjawab beberapa persoalan.
“Jika benar beliau jujur dan ikhlas seperti yang diungkapkan, beliau perlu tampil ke depan menjawab tiga perkara berikut.
“Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang didakwa menawarkan imbuhan RM 55 juta kepadanya. Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kepada Pengerusi Kimma Negeri di negeri yang dipimpin PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan,” katanya Khairil Anuar.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoal tindakan Syed Ibrahim yang baru sekarang mahu mendedahkan perkara itu selain meragui tindakan tersebut.
“Jika benar dakwaan ini, mengapa beliau mengambil masa yang lama setelah beberapa tahun untuk tampil mendedahkan perkara ini. Apakah ada sesuatu yang tersirat disebalik pendedahan ini?” soal Khairil.
Selain itu, beliau juga menasihatkan Syed Ibrahim supaya sedar bahawa Kimma tidak pernah diktiraf pada zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad dan kini hanya dijadikan alat ekoran BN semakin tenat.
“Jangan berpolitik seperti “gasing tiada paku” kerana ia akan merugikan beliau dan KIMMA itu sendiri. Jangan biarkan diri sendiri dan KIMMA diperalatkan Umno-BN demi kepentingan politik sempit mereka.
“Beliau juga harus sedar bahawa pada zaman pemerintahan Tun Mahathir Kimma tidak diktiraf sebagai parti komponen BN. Tetapi sekarang apabila Umno BN berada dalam keadaan yang tenat, KIMMA diterima dan diberi kelulusan permit untuk membawa masuk pekerja asing dari India dan Bangladesh,” ujarnya.
Dilaporkan, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader mendakwa kononnya Pakatan Rakyat pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong Pakatan Rakyat.
Beberapa tahun lalu, katanya, beliau dihubungi seorang pemimpin pembangkang yang menawarkan imbuhan tersebut supaya berpaling tadah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11835

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive