(Oleh: Nadia Hanafi)
KUALA LUMPUR 19 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan kerajaan terdesak apabila meluluskan lesen untuk membuka pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.
Katanya, keputusan itu diambil semata-mata untuk menambahkan hasil pendapatan negara, tanpa memikirkan masalah sosial kepada masyarakakat.
“Apakah kerajaan BN begitu terdesak sehingga terpaksa meluluskan lesen judi tambahan, semata-mata untuk meningkatkan hasil pendapatan negara?
“Sedangkan perjudian ini banyak menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat, bukan sahaja di kalangan muslim tetapi juga orang bukan Islam,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.