Showing posts with label manohara. Show all posts
Showing posts with label manohara. Show all posts

11 June 2009

MANOHARA : Berdemo bantah KL isu Ambalat

Jun 11, 09 1:25pm

Manohara Odelia Pinot, ketika sibuk dengan dakwaannya terhadap putera Sultan Kelantan, melapangkan masa berdemonstrasi menentang Malaysia berhubung isu pencerobohan di Ambalat. Bekas model muda itu, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, menyertai bantahan NGO republik itu yang dikenali Laskar Merah Putih di depan kedutaan Malaysia di Jakarta petang semalam, lapor akhbar internet popular Detik.com.

Dengan berpakaian seragam NGO itu, wanita 17 tahun itu melaungkan suara bantahannya, di sisi ibunya Daisy Fajarina, di atas sebuah kenderaan bersama ratusan pengikut Laskar Merah Putih, badan yang turut membantu melarikannya dari Singapura, 31 Mei lalu.Dengan bersemangat dan berapi-api, Manohara dilaporkan menggesa Indonesia bersikap tegas mempertahankan wilayah Ambalat, di tenggara Sabah, yang menjadi pertikaian dua negara itu dan dipercayai mengandungi minyak.

"Tanah Ambalat mutlak milik kita, jadi tidak perlu ada pembicaraan," Manohara dipetik berkata di Jalan Rasuna Said yang menempatkan bangunan beberapa kedutaan asing, termasuk Malaysia."Sebagai generasi muda, saya sangat peduli dengan kasus ini," beliau dipetik berkata dalam bahasa Inggris.

Gelagat Manohara - yang menjadi tumpuan besar rakyat Indonesia susulan dakwaan-dakwaan panas terhadap suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra di media - memancing minat pemandu kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut. Sebahagiannya malah dilaporkan sengaja memberhentikan kenderaan masing-masing untuk melihat gadis manis itu berdemonstrasi buat kali pertama. - malaysiakini

10 June 2009

MANOHARA tunjuk bukti didera


JAKARTA - Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry menunjukkan bukti dia didera oleh suaminya, lapor akhbar Kompas.com semalam.

Gambar-gambar itu ditunjukkan kepada pemberita pada satu sidang akhbar yang diadakan pada malam kelmarin di sini dan dihadiri oleh peguamnya.

Manohara yang berumur 17 tahun menunjukkan gambar-gambar itu yang disimpan dalam telefon bimbit BlackBerry miliknya.

"Ini baru luka yang ringan," kata peguam bela Manohara, Hotman Paris Hutapea yang merujuk luka terkena benda tajam dan kesan seperti berbentuk zig-zag di sekitar payu daranya.

"Yang lebih buruk ada. Tetapi Manohara berasa tidak sesuai untuk menunjukkannya.

"Itu baru yang paling ringan. Saya hampir mengeluarkan air mata apabila melihat lukanya," katanya.

Manohara mengaku penyeksaannya seperti dicucuh api itu diterimanya sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Mac lalu.

"Itu yang dibakar, tapi kalau yang dipotong-potong mulainya April 2009," kata Manohara.
Sementara itu, laporan berita AFP semalam menyatakan satu pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa Manohara pernah didera secara fizikal.

Pengesahan itu dilakukan oleh doktor forensik di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta yang memeriksa tubuh remaja itu, Mun'im Idries.

"Terdapat kecederaan kelaran di kebanyakan bahagian di tubuhnya terutamanya di dadanya. Beberapa kecederaan itu masih baru," katanya.

"Kami masih memeriksa darahnya dan ujian air kencing kerana dia (Manohara) mendakwa dia diberikan suntikan," kata Mun'im.

Manohara yang merupakan seorang bekas model terkenal mendakwa dia dicederakan dengan pisau cukur dan diberikan suntikan dadah sehingga menyebabkan dia muntah darah ketika berada dalam istana.

Sementara itu, seorang lagi peguam Manohara, Farhat Abbas memberitahu anak guamnya itu sudah membuat laporan polis berhubung penderaan yang dialaminya.

Dia berkata, Manohara menamakan enam orang dalam laporan polis itu.

Seorang jurucakap polis Indonesia, Abubakar Nataprawira mengesahkan pihaknya menerima laporan polis Manohara.

"Polis Indonesia tidak mampu melakukan siasatan kerana kes penderaan itu berlaku di Malaysia yang di luar kuasa kami.

"Namun, kami akan membantu dalam melaporkan kes itu kepada polis Malaysia," katanya.

Pada 31 Mei lalu, Manohara pulang ke Indonesia dari Singapura ketika beliau berada di negara tersebut bagi menemani suaminya melawat ayahanda putera itu di Hospital Mount Elizabeth. - Agensi

01 June 2009

Manohara - Cik Puan Temenggong Kelantan - Lari Pulang ke Indonesia

Mano mengaku sudah tidak mencintai lagi suami nya Tengku Muhammad Fakhry

Istana Kelantan bergegar lagi dengan dakwaan bahawa seorang puteranya Tengku Muhammad Fakhry Petra mendera isterinya, bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot. Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa beliau - yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan - dianiaya setelah didedahkan ibunya Daisy Fajarina 20 April lalu. Manohara Odelia melarikan diri ke Jakarta dari Singapura semalam apabila berada di republik pulau itu untuk menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan.

Akhbar dalam talian Detik.com tengah malam ini melaporkan, ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, selain pemeriksaan psikiatri. Hasil pemeriksaan perubatan itu akan diserahkan kepada peguam mereka, lapor akhbar berpengaruh itu.

Walaupun tanpa dokumen lengkap, wanita 17 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta pagi semalam (Ahad) setelah dibantu oleh kedutaan republik itu dan juga kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama imigresen Singapura sendiri, lapor Tempo Interaktif.

Sebuah NGO Indonesia yang dikenali Laskar Merah Putih juga dilaporkan berperanan membawa lari wanita itu dari Singapura.Memetik wawancara Manohara Odelia yang disiarkan secara langsung dengan sebuah stesen televisyen TV One di Jakarta, akhbar itu melaporkan wanita itu menyalahkan pihak istana yang mengetahui nasib buruk yang dialaminya tetapi tidak bertindak membelanya. Beliau malah mendakwa foto yang menunjukkan beliau dilukakan di bahagian dada telah diserahkan kepada polis Malaysia tetapi tiada tindakan diambil, lapor akhbar itu lagi.

Manohara Odelia juga menyalahkan media massa negara ini yang sering memberikan gambaran bahawa beliau sentiasa dalam keadaan baik."Bantuan media di Malaysia tidak ada. Mereka hanya memfoto, lalu kemudian bercerita bahwa saya baik-baik saja. Padahal saya tidak ditanya," beliau dipetik berkata.

Selain itu, beliau juga menuduh kedutaan republik itu di Kuala Lumpur gagal menjalankan tugasnya dengan baik berhubung kesnya tetapi seorang pegawai di Departemen Luar Negeri Indonesia hari ini menafikannya.

Dalam laporan laman web Kompas, yang memetik wawancara Manohara Odelia dengan televisyen ANTV, beliau mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya."Saya memang disuntik hormon itu dan berat badan saya bertambah 15 kg dalam waktu dua bulan. Malah 10 kg pertama kenaikan berat badan saya terjadi dalam waktu empat hari," beliau dipetik berkata petang semalam.

Sewaktu diwawancara TV One, Manohara Odelia menegaskan tidak akan kembali semula kepada Tengku Muhammad Fakhry walau suaminya itu "datang dengan baik-baik dan meminta maaf", lapor Tempo Interaktif lagi."Siapapun yang mengalami seperti yang Mano (Odelia) alami tidak akan mahu kembali lagi," beliau dilaporkan berkata sewaktu tampil dengan diiringi Daisy.

Menurut Manohara Odelia lagi, penderaan yang dialaminya berlarutan walaupun pasangan diraja itu pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah, 9 Mac lalu.Sumber-sumber kerabat diraja Kelantan dan kenalan putera Sultan Kelantan itu bagaimanapun sering menafikan dakwaan penderaan seperti dituduh ibu Manohara Odelia. Mohd Soberi Shafii, sewaktu bercakap kepada Tempo Interaktif malam tadi, juga menafikan tuduhan Manohara Odelia didera.

"Dia boleh cakap apa saja. Itu adalah satu kebohongan," penulis blog itu yang dekat dengan istana Kelantan dipetik berkata.

Tambahnya, Tengku Muhammad Fakhry sendiri malah meminta isterinya bertemu dengan Daisy. Laporan itu menyebut, putera Sultan Kelantan itu mengetahui kehadiran Daisy dan seorang lagi anaknya Dewi Sari Asih di hotel tempat pasangan diraja itu menginap kira-kira jam 8 malam Sabtu lalu. Tengku Muhammad Fakhry bagaimanapun berada di bilik ibundanya Raja Perempuan Kelantan di tingkat yang sama.Manohara Odelia bersama anggota keluarganya itu kemudian meninggalkan bilik hotel jam 3 pagi keesokannya tanpa menemui suaminya, lapor laman akhbar tersebut.

Malaysiakini akan cuba mendapatkan reaksi istana hari ini berhubung dakwaan terbaru daripada isterinya itu. ... Malaysiakini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive