Oleh FIRDAUS SAHAT
Kuala Lumpur: Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.
Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi.
Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.