Kredit foto Daniel Haris.
Pelakon kelahiran Brunei Darussalam yang mencipta nama di sini, Nina Iskandar, mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud.
Memetik kenyataan di
mStar online, aktres berusia 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.
"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.