Showing posts with label pas p pinang. Show all posts
Showing posts with label pas p pinang. Show all posts

27 March 2015

Tiga sayap Pas negeri pertahan Hadi

Tiga sayap Pas negeri pertahan Hadi
PULAU PINANG – Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda Pas negeri menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hukum hudud.
Ketiga-tiga sayap Pas negeri itu dalam kenyataan bersama berkata, tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas bermaksud memutuskan hubungan dengan parti tersebut secara keseluruhannya.
Menurut Ketua Dewan Ulama, Mohd. Fauzi Yusof; Ketua Dewan Muslimat, Hasanah Idrus dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Yusni Mat Piah, hubungan dalam pakatan pembangkang adalah hubungan bersifat parti dengan parti, bukannya individu dengan individu.
Dalam masa sama, mereka melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan tidak jujur dan tidak bermaruah ke atas Presiden Pas yang kononnya bekerjasama dengan pihak lain untuk melanggar semangat konsensus pakatan pembangkang.
“Kami menggesa supaya tuduhan ini ditarik balik serta-merta, melainkan jika DAP benar-benar mahu pakatan pembangkang berkubur,” demikian menurut kenyatan itu di sini semalam.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng sebelum ini memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi yang didakwa beliau bertindak secara tidak jujur dan bermaruah dalam pakatan pembangkang ekoran pembentangan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh Kerajaan Pas Kelantan. - UTUSAN

27 September 2014

MPPP: Pemuda PAS kecam kerajaan Pulau Pinang

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difahamkan telah membuat keputusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 25 September 2014 untuk mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau, meskipun beliau mempunyai 'track record' cemerlang sebagai Ahli Majlis.

16 May 2011

Ibrahim Ali boleh cetus darurat, huru hara - Pas Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk melancarkan perang Salib kepada masyarakat Kristian adalah provokasi berbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan kaum, kata Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man.

“Ia boleh mencetuskan darurat dan menghuru-harakan negara. Ini jelas sekali satu tindakan provokatif yang tidak wajar sama sekali diucapkan oleh seseorang Ahli Parlimen,” kata Salleh dalam satu kenyataan media hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive