Showing posts with label pecat. Show all posts
Showing posts with label pecat. Show all posts

09 August 2014

Nik Aziz: PAS tak campur PKR pecat Khalid


Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
  
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kota Bharu malam ini.
  
Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
  
"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
  
-Bernama

26 June 2014

PAS pecat Lotfi Ariffin 11 Mei lalu


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah memecat Lotfi Ariffin sebagai ahli PAS serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.

"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.

Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive