KUALA LUMPUR, 4 Mac — Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengakui menjadi penasihat Sultan Sulu yang “sebenar”, dan menafikan dengan “Sultan Sulu” palsu yang mana pengikutnya sedang mengganas di Lahad Datu, Sabah.
Lokman berkata, Sultan Sulu yang sebenar ialah Sultan Roodinood Julaspi Kiram yang kini menetap di Manila, dan bukan Sultan Jamalul Kiram III(gambar) yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sebenar.
“Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.
