SEREMBAN - Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), meninggal dunia dipercayai akibat terminum racun di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kampung Nyatoh, Rantau dekat sini, semalam.
Menurut jirannya, Suthir Babu, 26, kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizal Raj Abdullah @ A Soraj, 28, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah terbabit.
Dia berkata, seorang gadis berumur 18 tahun, dipercayai kekasih mangsa turut ditemui dalam keadaan sama dan terbaring di atas dada Muhammad Faizal di tempat kejadian.
“Semasa baru pulang dari kerja, saya tiba-tiba terdengar bunyi dengusan kuat dari arah rumah disewa mangsa.