Showing posts with label solat .. Show all posts
Showing posts with label solat .. Show all posts

13 July 2014

Adam ditegur kerana bersolat di lokasi penggambaran

Pelbagai cabaran menanti seorang saudara baru yang memilih Islam sebagai pilihan hidupnya, tidak terkecuali bagi seorang artis terkenal Adam Corrie.

Pelakon dan koreografer tarian itu mendedahkan, beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.

"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.

"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," beliau dipetik sebagai berkata.

22 January 2013

70 tahun solat salah Kiblat


MELAKA: Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.
Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.

Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.

Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an.

Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.

“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya.


- Sinar Harian

23 August 2012

15 seksaan dunia, akhirat jika tinggal solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat .Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"Jawab Baginda:* Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).* Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).* Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

06 March 2012

Santai Pagi : Menantu baru solat subuh


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. 


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. 

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

STONE ; Kah kah kah kah kah kah kah kah .............. mamat ooii awat hang jadi lagu tu hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive