Showing posts with label turun. Show all posts
Showing posts with label turun. Show all posts

31 December 2014

HARGA BARU RON95, RON97 DAN DISEL MULAI TGH MALAM INI


PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.
Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.
Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.
Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.
Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.
Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

24 December 2013

Pengerusi Turun @ Azan Safar ditahan polis

Polis menahan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar di Kuala Lumpur malam tadi dan akan disiasat mengikut seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 10.00 pagi ini berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.
Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Azan yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga dijangkakan naik.

01 August 2008

PM akan umum penurunan harga minyak


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berkata beliau akan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel minyak selepas beberapa butiran berkaitan selesai diteliti berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia sekarang.. "Kita dah bincang dalam mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaharui sebelum saya membuat kenyataan atau pengumuman, tunggulah...Saya kalau boleh nak buat la ni (sekarang)," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini, tengah hari ini.

Sumber: bharian

MS: Kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dah bermula agak nya kan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive