Showing posts with label warga emas. Show all posts
Showing posts with label warga emas. Show all posts

08 October 2012

Jangan mengintai ; Ini akibatnya ...


GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak. 


Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang.

28 April 2011

Datuk 66, nenek 60 ditangkap khalwat

KANGAR: Memalukan apabila sepasang warga emas mengaku bersekedudukan ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam atas kesalahan berkhalwat pada awal tahun ini.

Tertuduh, Salleh Nyan, 66, duda dan pasangannya yang juga janda, Azizah Saad, 60, membuat pengakuan berkenaan apabila dihadapkan di depan Hakim Syarie Azeman Omar.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Fakhrurrazi Mahdzir.

15 March 2010

Surat Guan Eng kepada warga emas P. Pinang

Kenyataan oleh Pejabat Ketua Menteri pada 15.3.2010 di Komtar, George Town

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

Bersama sumbangan tersebut, akan disertakan satu salinan surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan kandungannya seperti berikut:

Tuan/Puan,

Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua. Kerajaan berjiwa rakyat boleh disempurnakan menerusi prinsip 3P-Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri.

-Perkayakan rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi.

Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun. Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian hanya atas amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) berdasarkan ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta.

Kerajaan negeri berasa kesal pihak lawan politik kami telah cuba sabotaj program penghargaan wang tunai RM100 ini dengan tuduhan pemberian wang kepada warga emas adalah satu tindakan rasuah. Walaubagaimanapun, kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Penghargaan wang tunai RM100 kali ini merupakan kesinambungan kerajaan PR yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar, memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan juga sumbangan beras percuma pada tahun 2008-2009. Jangan ingat anda dilupakan apabila anda sudah tua. Selagi kerajaan PR Pulau Pinang ada, kepentingan warga emas akan diambil berat dan anda akan sentiasa dalam memori.

Usia Emas pujaan hati,
Tak lekang dek panas mahupun hujan,
Jasa dan budi di serata bumi,
Sanjungan rakyat berzaman-zaman.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

28 February 2010

Guan Eng bagi RM100 setahun untuk warga emas P. Pinang


Mak Chik dan Pak Chik di Pulau Pinang yang berumur 60 tahun dan keatas akan menerima RM100 setiap tahun dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang bermula April 2010 ini.

Program Penghargaan Warga Emas ini yang dilancarkan hari ini oleh KM Lim Guan Eng mensasarkan kepada lebih 132,000 warga emas Pulau Pinang. Tetapi sehingga kini katanya hanya 62,000 yang mendaftar. Guan Eng berkata demikian di Pulau Pinang hari ini.

Bermula esok sehingga 8 March, warga emas boleh menyemak dan mendaftar nama mereka di http://isejahtera.penang.gov.my yang telah dilancarkan hari ini.

sumber : TMI/BERNAMA
STONE: BN tak akan pernah terfikir akan program-program sebegini melainkan program-program atau projek-projek yang boleh memperkayakan kroni masing-masing atau para-para ADUN dan AP nya sahaja.
Apa-apa pun tahniah buat Guan Eng, yang kononnya berfikiran Komunis ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive