14 September 2008

Elit Politik BN berpecah… Rakyat terus berjuang lawan ISA

14 September 2008

Oleh: Black

Pembebasan wartawan Sin Chew Daily semalam memberikan petunjuk yang jelas bahawa perpecahan yang besar berlaku dalam Barisan Nasional.

MCA telah memberikan tekanan kepada Perdana Menteri sehinggakan Tan Hoon Cheng menjadi sejarah apabila ditahan ISA hanya selama 16 jam!

Sudah tentu alasan Syed Hamid Albar bahawa penahanan wartawan tersebut dengan tujuan untuk menjaga keselamatannya adalah sesuatu yang karut dan tidak masuk akal.

Pembebasan Tan Hoon Cheng adalah kemenangan rakyat. MCA terpaksa memberikan tekanan kepada Pak Lah kerana mereka akan ditolak secara seratus peratus oleh masyarakat Cina jika wartawan tersebut terus ditahan.

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim meminta Perdana Menteri untuk membebaskan Raja Petra Kamarudin dan Teresa Kok. Menteri tersebut turut mempertaruhkan jawatannya jika kedua-dua tahanan ISA tersebut tidak dibebaskan.

Menurut Zaid Ibrahim, penggunaan ISA adalah satu tindakan yang tidak adil dan tidak wajar. Jika Pak Lah mahu meneruskan reformasi, cara politik lama perlulah dihentikan.

Keberanian Zaid Ibrahim harus dipuji. Hairan pula, dimana suara Ezam pada ketika ini?
Kenyataan Zaid sudah pasti akan mengundang kemarahan bagi “warlord-warlord” Umno.

Dua tiga hari lalu kita melihat bagaimana Muhyiddin Yasin dikecam kerana menuntut peralihan kuasa dipercepatkan. Najib Razak bersama orang-orangnya didalam Umno sudah pasti akan membela ISA dan mahu Zaid berundur. Jika ini berlaku, politik negara akan menjadi semakin menarik.

Sekarang menjadi tanggungjawab kita untuk terus berjuang bagi memastikan Raja Petra Kamarudin dapat berhari raya bersama keluarganya dan Teresa Kok dapat menjalankan tugusnya sebagai Ahli Parlimen Seputeh dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Rakyat harus menyokong dan bersama dengan Perhimpunan Membantah ISA yang akan dianjurkan di Stadium Kelana Jaya malam esok (Isnin).

Pakatan Rakyat menganggarkan kehadiran sebanyak 30, 000 orang. Akan tetapi, jika angka kehadiran lebih besar, Perdana Menteri dan Barisan Nasional akan mendapat signal yang jelas bahawa rakyat menolak ISA, Keganasan Polis dan BN.

Dengan ini, agenda 16 September akan dapat dijayakan.

Rakyat Bersatu Tak Dapat Di Kalahkan!!!

- PerakExpress

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive