Dilulus terbit pada Sunday, September 14 @ 00:50:18 MYT oleh SongkokPutih
Oleh saf"

Aku masih ingat masa aku sekolah rendah dulu ada matapelajaran JAWI. Matapelajaran ini bukan sahaja diambil oleh murid melayu bahkan juga murid cina dan india. Malah ada murid cina dan india lebih mahir menulis dan membaca jawi berbanding dengan murid melayu.
Pada pendapat aku, tak wajar mana-mana pihak mempertikaikan pengunaan tulisan jawi malah ia haruslah diperkenalkan semula diperingkat sekolah. Bagi aku, tulisan jawi adalah salah satu cara untuk menjalinkan hubungan baik antara kaum di negara ini.
Rugikah kita sekiranya kita mahir dalam penulisan dan pembacaan jawi? Walaupun aku cenderung kepada PR, tapi aku tak setuju sekiranya hal-hal berkaitan dengan tulisan jawi ini dijadikan isu. Bagi aku mereka yang mempertikaikan pengunaan tulisan jawi masih mempunyai sikap perkauman yang kuat. Aku percaya bahawa tindakan Teresa Kok tidak melambangkan suara majoriti bukan melayu.
Tindakan Teresa Kok sebenarnya merugikan PR sendiri kerana tidak mustahil rakyat (melayu,cina dan india)sedikit demi sedikit akan mulai muak dengan sikap DAP yang menuduh UMNO perkauman tetapi dalam masa yang sama mereka lebih kuat sikap perkaumannya. Ini secara langsung akan memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada PR.
DAP seharusnya menumpukan kepada permasalahan yang lebih serius seperti isu ekonomi, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Tujuan utama penyokong PAS,PKR, DAP bersatu hati mengundi antara satu sama lain dalam pilihanraya yang lalu bukanlah untuk mempertikaikan soal tulisan jawi, soal agama dan sebagainya.
Sebaliknya kami mahukan PKR-PAS-DAP berganding bahu memertabatkan pemerintahan yang bersifat BERSIH, CEKAP dan AMANAH yang menjadi retorik BN suatu masa dahulu.
Saya menentang keras dengan tindakan ISA yang dikenakan keatas Teresa Kok. Namun, DAP haruslah bersikap adil kepada penyokong-penyokong PR.
Sepertimana Zulkifli Nordin, Teresa juga harus diberi surat tunjuk sebab atas tindakan yang dilakukannya. Beliau juga harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Janganlah menunjuk sikap seperti Ahmad Ismail yang ego tak bertempat.
Dan seandainya DAP terus dengan sikap mereka yang memperjuangkan sesuatu yang bukan menjadi kehendak majoriti rakyat Malaysia , maka suatu usul harus dibawa untuk mengkaji semula kedudukan DAP dalam Pakatan Rakyat kerana sesungguhnya DAP sekarang semakin menjadi liabiliti kepada PR."
- tranungkite
No comments:
Post a Comment