Kerajaan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap setiausaha badan perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berhubung kenyataan terhadap wartawan Sin Chew Jit Poh yang didakwa bersifat ugutan jenayah.
Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Petani di sini dengan mendakwa kononnya Azhar dalam satu sidang akhbar di Bangunan Umno di sini pada Jumaat lepas telah berkata : "Kalau ada apa-apa terjadi antara kaum, dia adalah orang yang pertama ditembak".
MS: Ingat tak korang si azhar ni lah yang mengepalai satu demonstrasi berhampiran Komtar Pulau Pinang membantah isu DEB selepas beberapa hari PR memerintah P. Pinang.
Aku tak berapa kenal sangat si azhar ni (walaupun dia ni ADUN tempat aku - Penaga) tapi dia ni pun ala-ala si mad ismail jugak. Samseng sangat.
Macamana ni pak lah, awat orang-orang umno ni samseng-samseng sangat
No comments:
Post a Comment