“Sekarang 16 ke 20 September... mungkin selepas ini akan ada lagi tarikh baru jika 20 September itu juga tidak tercapai,” katanya.
Beliau berkata, jika janji Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16 September ini tidak terlaksana, para penyokong mantan Timbalan Perdana Menteri itu tidak akan melihatnya sebagai kegagalan sebaliknya satu penangguhan.
“Beza empat hari atau empat bulan mereka tidak kisah. Anwar ada alasan yang cukup kuat iaitu ahli-ahli Parlimen BN yang dikatakan Anwar akan menyertainya kini ke luar negara dan ini sekali gus membantutnya usahanya itu.
“Penyokong Anwar mesti dapat menilai mengapa ahli-ahli Parlimen ini ke luar negara untuk mengkaji pertanian sedangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini walaupun BN cuba menafikan ia sebagai halangan daripada ahli Parlimennya melompat parti,” katanya.
Ghazali berkata, bagi yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar pula akan menganggap ia sebagai satu lagi helah Anwar dalam percaturan politiknya.
Bagi pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain, BN tidak boleh memandang mudah tarikh-tarikh yang diberikan Anwar.
“Mungkin akan ada kejutan. Anwar hanya mahukan 30 Ahli Parlimen untuk beliau membentuk kerajaan dan itu bukan jumlah yang besar,” katanya.
Ahli-ahli Parlimen yang dimaksudkan Anwar mungkin telah membuat perjanjian ‘di belakang tabir’, justeru katanya, penafian mereka tidak boleh diterima bulat-bulat.
Katanya, beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.
“BN begitu yakin mereka akan menang tetapi akhirnya Anwar tetap menang dengan majoriti yang lebih besar,” katanya.
... dan ini pula kenyataan bodoh dari ...
Chandra Muzaffar berkata, cara Anwar bermain-main dengan angka termasuk tarikh dan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti boleh menimbulkan suasana tidak tentu arah di kalangan pelabur dan mengancam ketenteraman awam.
“Bila ada banyak ramalan yang dibuat Anwar, akan timbul ketidakstabilan di kalangan pelabur dari dalam dan luar negara kerana mereka tidak dapat mengagak situasi politik dan ekonomi negara dalam jangka masa terdekat ini.
“Selain itu dari segi perkhidmatan awam akan turut mendapat kesan kerana mereka sukar untuk melaksanakan agenda-agenda yang telah disusun,” katanya.
Chandra berkata, sebagai seorang pemimpin, Anwar perlu bersikap lebih bertanggungjawab kepada negara dan lebih matang.
“Beliau tidak boleh mengorbankan kepentingan rakyat dan negara semata-mata ingin mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment