07 February 2010

Zul Zaid Zahrain dan kini Tan pula


Bermula dengan Zul Kulim kerana "bergaduh" dengan Khalid Samad Shah Alam, kemudian Zaid Ibrahim kerana mempertikai tindakan terhadap Zul Kulim, dan seterusnya Zahrain Bayan Baru kerana "bertelagah" dengan KM Guan Eng, dan kini ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula akan dihadapkan ke Jawatan Kuasa Disiplin parti PKR.

Apa nak jadi dengan PKR ni? ...


KUALA LUMPUR, Feb 7 — Senarai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirujuk kepada lembaga disiplin terus meningkat dengan yang terbaru ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, yang baru-baru ini menyokong pendirian rakannya mengecam teruk Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dengan itu, setakat ini empat orang telah diputuskan oleh pucuk kepimpinan parti itu agar disiasat oleh lembaga disiplin dalam tempoh 30 hari.

Keputusan untuk merujuk Tan kepada lembaga disiplin dicapai pada mesyuarat Biro Politik PKR, Rabu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail.
Difahamkan siasatan ke atas Tan juga akan tertumpu kepada tindakan beliau membelakangi saluran parti dalam memberikan pandangan dan kritikan berkaitan dasar PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Ini kali pertama sejumlah pemimpin yang berjawatan, yang banyak jumlahnya, dirujuk kepada lembaga disiplin PKR iaitu dalam tempoh selang 10 hari.

Malah jumlah itu dilihat besar ketika pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kes liwat kedua beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini tiga pemimpin PKR telah diputuskan kepada lembaga disiplin sejak 26 Jan lalu. - The Malaysian Insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive