(Dikemas kini) PETALING JAYA: Tiga puluh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat?
"Ya." Ini jawapan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar sebentar tadi selepas selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.
Pertemuan itu diadakan selepas bertemu selama hampir tiga jam di ibu negara malam tadi.
Pertemuan hari ini bermula sebentar tadi juga dilihat memfokus soal pembentukan kerajaan persekutuan.
Ketika hanya tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.
No comments:
Post a Comment