08 September 2008

Wakil Rakyat Aku


Hari ini Isnin - 8/9/08 berangkat lah 49 ahli Kelab Penyokong BN (BN-BBC) ke Taiwan untuk Lawatan Sambil Belajar - untuk meneroka sesuatu yang baru dalam bidang pertanian seperti yang mereka dakwa.

Harap-harap bila balik nanti bidang pertanian negara akan berubah lah hasil dari lawatan 8 hari ni. Bukan sikit duit dibelanjakan untuk lawatan ni. Kalau balik nanti orang penang kata "pi mai pi mai duk tang tu jugak" memang depa ni saja 'tak guna' lah.

Bila kata depa keluar negara kerana nak halang dari ahli melompat najib nafikan ... Bila kata habiskan duit rakyat depa kata depa pi guna duit sendiri ... jadi apa kita nak kata lagi.

Macam aku dah penah kata, apa salah bila dah parlimen tak bersidang, awat hangpa tak balik pi tengok-tengok pengundi yang menaikkan hampa dulu dibulan yang mulia ini? Bila lagi hangpa nak pi jengok depa yang bagi hangpa kuasa semasa PRU 12 baru-baru ni. Kalau masa lain hangpa kata hangpa sibuk.

Hangpa kan sibuk masuk serata lorong, serata ceruk, serata kampung bila dekat-dekat nak ngundi, bila dah hangpa dapat, "haram" hangpa nak balik "kawasan". Ramai yang setuju dengan kenyataan aku ni.

Masa dekat nak ngundi, masa tu lah hangpa nak mai solat diserata masjid(kalau yang islam lah) masa tu la hangpa nak mai buat kenduri, bagi kain batik/kain pelikat dah jadi kemestian lah. Pasar malam, pasar pagi, pasar patang semua akan ada muka hangpa.

Kenduri rumah pak mat hangpa sampai, kenduri rumah mak minah muka hangpa ada. Pak Dolah meninggal dunia hangpa turut sama solat jenazah, pendek kata hangpa cukup sibuk kalau masa dekat nak ngundi.

Awat semua aktiviti-aktiviti tu hangpa dah tak buat bila hangpa dah diberi kepercayaan oleh rakyat?

Yang hangpa tau lawatan sana, lawatan sini. Bila rakyat tanya oh hangpa jawab macam ni lah Yang Berhormat. Sentiasa sibuk "demi untuk rakyat" ... Yang Berhormat?? Demi untuk rakyat?

Apa yang berHormat nya.

Hangpa sibuk ... Sibuk untuk penuhkan poket sendiri, sibuk untuk dapat projek sana projek sini. Sibuk jaga temolok hangpa ... rakyat terkapai-kapai untuk terus hidup.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive