24 September 2008

TERESA MINTA MAAF

MIMPI SENJA - Akhir nya ahli Parlimen Seputuh Teresa Kok memohon maaf atasa kenyataan nya bersabit dengan makanan yang dibekalkan semasa beliau di ISA kan baru-baru ini.

Selepas dibebaskan, beliau mendakwa beliau hanya diberikan makanan "seperti makanan anjing" semasa ditahan.

Ramai yang mempertikai kenyataan tersebut termasuk blog-blog seperti al-banjari dan perisik rakyat. Perisik Rakyat membantah kenytaan tersebut dengan men"terbalik"kan gambar Teresa di blog nya, dan mendesak agar Teresa memohon maaf.

"Seperti makanan anjing" yang dimaksudkan Teresa adalah 2 biji telor rebus, beberapa potong timun, nasi dan sedikit kuah katanya.

Teresa memanggil satu sidang akhbar 2 hari lepas. Dalam sidang ini "makanan anjing" sudah berubah. Katanya semua ini gara-gara kenytaan nya telah di putar-belit oleh akhbar. Beliau tidak berkata "seperti makanan anjing" tapi "sedikit baik dari makanan anjing" ... Aku tersenyum akan kenytaan Wakil Rakyat ini. ...

Tetapi apabila rakaman kenyataan awalnya diputarkan, akhirnya Wakil Rakyat yang mendapat majoriti tertinggi dalam PRU 12 baru-baru ini mengaku dan seterusnya meminta maaf.

APAKAH WAKIL RAKYAT seperti ini yang kita mahu?...

Behubung dengan penukaran nama jalan di sekitar Kuala Lumpur dari tulisan jawi ke tulisan Cina dan India (termasuk tulisan Roman), katanya penduduk Taman Seputeh bukan membantah tulisan jawi, tapi membantah akan tindakan DBKL membelanjakan wang rakyat sewenang-wenang nya dengan menukar papatanda tersebut.

Saya ingin bertanya kalau lah benar seperti kata Teresa bantahan penduduk adalah kerana perbelanjaan DBKL, jadi apakah perlu papantanda tersebut "ditukar sekali lagi" ke bahasa Cina dan India yang juga memerlukan perbelanjaan baru?
Teresa boleh tolong jawab?

Kenapa Teresa nampak begitu berbangga sekali dengan bergambar dihadapan papantanda baru? (Gambar sebelah)
Jadi apakah benar seperti kenyataan beliau penduduk membantah akan perbelanjaan DBKL bukan membantah tulisan jawi itu sendiri? ...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive