20 October 2008

CERPEN YB J TIADA KAITAN DENGAN TERESA - malaysiakini

Jimadie Shah Othman Oct 20, 2008

Cerpen 'Politik Baru YB J', yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina, tidak kena-mengena dengan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.

Penulisnya Datuk Chamil Wariya (gamabr) berkata cerpen itu "hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati." "Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif – tidak lebih tidak kurang daripada itu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa cerpen awalnya itu "menganjurkan kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik."Dalam cerpen saya ini, pembunuhan politik per se seperti yang didakwa tidak berlaku walaupun wataknya mungkin dimatikan. Apa yang berlaku adalah sekadar simbolik. Karya sastera tidak patut hanya dibaca yang tersurat, tetapi tersirat.
"Yang dibunuh sebenarnya adalah idea-idea yang melampau dan tidak hanya terbatas dalam politik tetapi melampaui politiknya. "Cuma dalam kes cerpen ini, hanya latarnya politik. Bagi saya, saya tidak bermain dengan api, tetapi sebaliknya memainkan peranan sebagai air yang memadamkan api yang jika tidak dipadam akan terus marak," katanya dalam wawancara melalui e-mel.
Khamis lepas, DAP membuat laporan polis berhubung cerpen itu yang diterbitkan di Mingguan Malaysia, 12 Oktober lepas, dengan dakwaan ia ditujukan kepada Teresa, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.Seorang pemimpin Pemuda DAP menyifatkannya sebagai "satu bentuk keganasan politik" kerana "meletakkan undang-undang di tangan sendiri".Sambil melabelkan karya itu "lebih teruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)", Chong Chieng Jen yang juga ahli parlimen Bandar Kuching membaca perenggan terakhirnya:
"YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."
Chamil juga diminta mengulas pandangan tokoh DAP utama Lim Kit Siang di Dewan Rakyat minggu lepas yang menyifatkan 'Politik baru YB J' itu sebagai "tidak bertanggungjawab"."Saya tidak setuju sama sekali jika dikatakan karya saya itu tidak bertanggungjawab. Dalam cerpen ini, terdapat juga segi-segi yang positif," katanya. "Sebenarnya mesej saya dalam cerpen itu adalah mudah: Politik perkauman dalam bentuk yang melampau dan keterlaluan tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. "Ia boleh membawa malapetaka dan bencana. Pengajarannya adalah untuk kita menghindari pegangan politik seumpama itu. Tetapi tentulah saya tidak boleh menyekat pembaca apa lagi politikus veteran seperti saudara Lim untuk membuat tafsiran mereka sendiri.
"Bekas pengarang kanan Utusan Malaysia itu juga tidak bersetuju dengan tanggapan pengarah filem terkenal Amir Muhammad yang menyifatkan cerpennya sejenis "kesasteraan yang menyebarkan kebencian."Chamil, yang sebelumnya dikenali sebagai penganalisis politik nasional dan pengarang buku, berkata beliau kini memberi tumpuan kepada penulisan kreatif selepas meninggalkan dunia kewartawanan tahun lepas. "Pada waktu yang sama sejak dulu lagi saya ingin berhijrah ke genre penulisan kreatif khususnya penulisan novel sebenarnya. Saya kira menulis cerpen adalah permulaan yang baik.
"Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya memulakan usaha itu dan alhamdulillah telah menyiapkan tiga buah cerpen semuanya berlatarbelakangkan politik – dunia yang saya fikir saya kenali," katanya.
Soal-jawab lengkap Malaysiakini dengan beliau di SINI
-- malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Fiction in any language is still fiction .Why do you take fiction so seriously?.Unless this a prelude Harry Potter local.
People wan to write fiction, up to them lar.At least they are not suffering from writers block/blog.
Sum pple write.sum pple eat and watch TV.Sum pple drink Tiger or ginees.evrybody like to do it his way.
Mos of the time UM are literary.They attempt improve language stds(hope tey did right). they devote page after page towards short stories,literature, language,linguistics and book reviews,literary awards.
Fiction permit fantasising.
If sum pple dnt like fiction,buy other verncular papers who like to publish gory bloody accident papers and report lantern festival in malaysia's Autumn.
I seriously doubt most non english pple care about the prose idiom .mebbe they see only black ink on offwhite paper.
We ar peaceful country.So how come
Some engleish spikking readers of UM is organising a hartal...shades of '68 pinang and Sinagpore 1955..Like this call peaceful ?
we have cheaper cars,mobile phone,2.5 miilion visitors are coming,
Mr Chamil..there are persons who is using fiction as a basis to persuade other similar mind people that fiction can cause violenc.So don b discourage by pple hu wans a hartal against UM.After all all we boro Toni's words "Now every can blitrature fiction critic"
I tot only pple can be violent.Black ink cannot.

Mah Ngah Tong

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive