29 October 2008

KELANTAN BAYAR RM204 JUTA KEPADA KERAJAAN PUSAT SEJAK 1990 - malaysiakini

KOTA BAHARU, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri pimpinan PAS membayar RM204 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak 1990, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata hutang pada 1990 adalah sebanyak RM718 juta.
"Kerajaan negeri membayar kira-kira RM11 juta hutang setiap tahun dan kini jumlah hutang yang tinggal adalah RM514 juta sahaja lagi."Ini adalah satu prestasi yang sangat membanggakan," katanya menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor).

Husam berkata hutang badan berkanun kerajaan negeri pula kini adalah sebanyak RM208 juta berbanding RM572 juta pada 1990.Beliau berkata hutang kerajaan negeri bagaimanapun tidak termasuk pinjaman bekalan air yang diterima sebanyak RM331 juta.

Menjawab soalan ketua pembangkang Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Husam berkata jumlah penduduk miskin tegar di seluruh Kelantan kini mengikut Jabatan Perangkaan adalah seramai 3,864 orang.

Beliau berkata bagaimanapun jumlahnya mungkin lebih ramai berikutan kenaikan kos sara hidup ketika ini.Husam juga memberitahu bahawa kerajaan negeri menerima permohonan daripada Syarikat Trans Nusantara Petroleum bagi membina laluan paip gas dari Bagan Serai, Perak ke Bachok.

Menjawab soalan Abdullah Ya'kub (PAS-Air Lanas), beliau berkata syarikat itu berminat untuk menjadikan Jeli dan Bachok sebagai tempat penyimpanan dan pendaratan gas.Kerajaan negeri masih mengkaji permohonan syarikat berkenaan, katanya.-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive