29 October 2008

KENAPA PEMBELIAAN EUROCOPTER DIBATALKAN SEHARI SEBELUM PAC MENYIASAT? - malaysiakini

Pak Lah semalam telah mengumumkan bahawa kerajaan telah membatalkan hasrat untuk membeli Eurocopter. Tindakan ini diambil sehari sebelum PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) memulakan siasatan keatas apa yang di katakan penyelewengan bersabit dengan pembeliaan ini.

Pelbagai pihak termasuk dari parti-parti pembangkang mahukan ianya disiasat. Nama-nama seperti Najib, Rosmah (isteri Najib) termasuk Pak Lah dikatakan terlibat dalam penyelewengan Eurocopter ini.

Persoalan

1. Kenapa pembeliaan ini dibatalkan sehari sebelum PAC memulakan siasatannya? Adakah Pak Lah cuba menutup sesuatu dari diketahui ramai?

Kronologi Pembelian Eurocopter

18 Julai 2007 - Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.

3 September 2008 - Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

26 September 2008 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.

13 Oktober 2008 - Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.

13 Oktober 2008 - Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

19 Oktober 2008 - Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

19 Oktober 2008 - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.

20 Oktober 2008 - Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.

24 Oktober 2008 - Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.

28 Oktober 2008 - Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut

Sumber: mStar

Artikel lain bersabit EUROCOPTER DI SINI

1 comment:

Anonymous said...

MALAYSIANNIGER HAS THIS TO SAY........

THE READ THE LINE CLEAR THE PM TELLING THE PAC,THAT THE NURI HAVE MET MANY CREASH IN THE PAST.IT LOOK LIKE THE PM IS TELL THE PAC YOU IN THE PAC CAN USE THIS AS ONE OF THE ISSUE TO GAIN AND FOOL THE PEOPLE,......
WAY DON'T THE PM USE HIS OFFICE TO GIVE INSTRACTION TO PAC WHAT TO SAY AND WHAT TO DO.........

THIS IS ANOTHER EYE WAST,THE DEESICION HAS BEEN MAKE,IT IS ANOTHER GAME OF CHIP'S MORE.
NOW I HAVE STOP THE DEAL AND NOW I DON'T BECAUSE THE PAC HAVE NOT FOUND ANY THING WRONG WITH THE DEAL.........
MALAYSIANNIGER WILL SAY WE ARE THE FOOL WHO HAVE ELECTED THIS ANIMAL TO THE GOVT...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive