10 October 2008

MEDAN POLITIK BUKAN UNTUK BERSANDIWARA - TAN LIAN HOE


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) - Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe hari ini menyeru pemimpin yang dipilih rakyat supaya sentiasa menjaga sensitiviti kaum di negara ini dan tidak menjadikan 'medan politik' semata-mata untuk "berkelahi atau bersandiwara".

"Rakyat pilih kita bukan untuk kita berkelahi, bukan untuk kita bersandiwara, atau menjadi badut dan terus angkuh dengan apa yang ada pada kita sehingga kita terus lupa akan tugas dan tanggungjawab atas mandat rakyat," kata Tan ketika berucap pada pembukaan serentak persidangan perwakilan Wanita dan Pemuda parti Gerakan di Menara PGRM di sini.

Persidangan itu dibuka oleh presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Tan juga mengingatkan pemimpin-pemimpin BN untuk tidak mempertikaikan atau mempolitikkan mana-mana fakta sejarah atau mengambil isu perkauman sebagai modal untuk meraih sokongan dan undi di peringkat akar umbi."

Kita tidak mahu pemimpin-pemimpin mentaliti kelas ketiga seperti ini yang sanggup memecahbelahkan kaum dan menindas kaum lain sehingga menggugat perpaduan kaum yang kian terjalin," katanya.

Tan, yang juga Timbalan Menteri Penerangan, menegaskan Gerakan akan tetap setia bersama BN sekiranya rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan itu mengetepikan kepentingan diri dan meletakkan perjuangan rakyat berbilang kaum sebagai asas keutamaan.-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan pandangan Datuk Tan Lian Hoe. Atas kepentingan rakyat. dan bukan atas kepentingan kaum tertentu sepatutnya.

Siapa yang sering timbulkan isu kaum dan bukannya atas nama rakyat mereka itulah mentaliti kelas tiga.

Sejak sekian lama apa yang dilagangkan kerajaan atas kepentingan kebangsaan, tetapi ada sahaja kaum tertentu menyanggahnya atas nama kaumnya. Mentaliti kelas pertamakah begini?

Telah ada sistem pendidikan yang bertaraf kebangsaan tetapi ada kaum tertentu yang masih mahu kekalkan sekolah jenis kebangsaan kononnya sebagai pelengkap sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada.

Padahal telah mewujudkan satu perangkap kepada kewujudan satu bangsa Malaysia yang tulen.Cakap biarlah serupa bikin. Patutnya.

Anonymous said...

Kita nak tengok sedang mana pejuang negara Malaysia ini berpencak. Pandaikah ia bersilat atau bukan silat yang didukung tetapi kung fu, kacaulah jadinya. Ini bukan negara kung fu, itu yang harus diperingatkan selalu. Yang jelas masih banyak yang berketurunan Cina masih tetap mendukung bahasa kung fu dan bukan bahasa silat, tetapi bahasa pelat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive