20 October 2008

PAKATAN RAKYAT BERKONSEPKAN PEMERINTAHAN BERSAMA - malaysiakini

KUALA TERENGGANU – “Kerjasama antara komponen Pakatan Rakyat (PR) untuk menubuhkan kerajaan baru adalah jelas dan ia mempunyai persefahaman ke arah yang begitu positif,” kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud.

Menurutnya, tidak timbul soal siapa mempergunakan siapa dalam memastikan pembentukan kerajaan baru memandangkan PR sentiasa menekankan pendekatan bersama dalam merealisasikan perkara itu.

“Kita sememangnya akan menjalankan pemerintahan secara bersama. Kalau Ahli Parlimen tu ramai yang bukan Islam, kita mungkin tidak akan beri kerjasama. Kita sendiri akan kekal dengan pentadbiran Islam. Macam tu lah, jadi kita jelas dengan perjuangan ini. “Tidak timbul soal sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempergunakan Pas dan juga parti pakatan yang lain.

Kita bersama Pakatan Rakyat dan kerjasama itu yang kita perkukuhkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Zubir Embong yang mengatakan bahawa Pas dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah telah dipukau oleh Anwar apabila percaya kerajaan PR akan dibentuk pada atau selepas hari raya Aidiladha.

Zubir dipetik sebagai berkata, Pas dilihat seperti sudah diperbodohkan oleh Anwar kerana sanggup menaruh keyakinan terhadap angan-angan kosong Ketua Pembangkang itu. Mengulas lanjut, Mohamed menyatakan bahawa Pas sememangnya jelas dengan dasar parti, dalam ucapan dasar Dewan Ulama serta Presiden parti pun menyebut supaya anggota parti perkukuhkan PR.

“Tugas kita menghancurkan Barisan Nasional (BN) dan yang lain itu kita kira semula. Sekarang ini tiada masalah besar yang dihadapi dalam PR. Ada sikit-sikit tu biasalah. Kita dengan isteri kita pun ada pergeseran sikit-sikit. Itu biasalah.

“Masalah yang dihadapi itu kita terus selesai. Hal itu tidak akan jadi masalah. Tubuh kerajaan ni, kalau jadi, Insya-Allah lah. Siapa yang menjadi menteri yang menjawat jawatan itu, kena bincang selepas ditubuhkanlah,” katanya. -- sinarharian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive