20 October 2008

BEKAS PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR, 20 0kt (Bernama) -- Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara hari ini.Shamsiah, yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada pukul 9 pagi.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar, kata anaknya Jamaluddin Ibrahim di sini,.
Shamsiah yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.
Suami Shamsiah, Ibrahim Mohamad dan seorang lagi anaknya telah meninggal dunia sebelum beliau.-- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Innalillahirajiun.Salam takziah kpd keluarga Allahyarham Bonda Shamsiah Fakeh.Semoga Allah SWT terima semua amal bakti nya.Semoga Allahyarham bersama para ambia yang soleh.Semoga semua orang Melayu tidak sia sia kan perjuangan dan segala pengorbanan Allahyarham.Hanya Allah SWT berhak menentukan balasan yang setimpal dan se adil adilnya. ALFATEHAH.
arjuna waspada

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive