16 October 2008

POLITIK BARU YB J ... sambungan

Sambungan ...episod terakhir, POlitik Baru YBJ
Pemandu YB J tergamam tidak bercakap barang sepatah kerana melihat majikannya terkulai layu menarik nafas terakhirTidak jauh dari tempat kejadian seorang polis berpangkat Konstabel turut terbaring dengan bahagian dadanya di penuhi darah.
Tangan kiri di dada, dan tangan kanannya memegang poket yang penuh sarat dengan wang rasuah yang di perolehi sejak pagi. Tidak ketahuan berapa banyak jumlahnya, tapi kelihatan menggelembong dan seolah olah ianya lebih dari RM1,000.Orang ramai mengerumuni Pemuda tersebut.
Dan secara tiba tiba .. budak itu kembali bernafas dan mencelik kan matanya. Rupa rupanya, peluru yang di arahkan ke dirinya telah terkena kepala tali pinggan dan memantul ke pegawai polis yang sudah mati itu.
Setelah di soal siasat, pemuda itu rupanya berasal dari PLENTONG TENGAH, kawasan perkampungan yang telah di robohkan oleh Pihak berkuasa POM yang bercadang untuk merubah tanah tersebut menjadi sebuah tapak projek mewah untuk rakyat Singapura.
Penduduk di sana kecewa kerana Pemimpin POM telah lupa janji ketika pilihanraya lepas untuk memberikan geran TOL kepada mereka dan tujuan menghantar Pemuda itu bertemu YBJ adalah untuk mengetahui rahsia bagaimana rakyat berbilang bangsa telah memilihnya sebagai pemimpin.Kerana tidak pernah di sapa pemimpin, Pemuda itu agak gementar apa bila di tegur oleh YBJ dan beliau mengeluarkan pistol serta melepaskan tembakan rambang sehingga terbunuhnya YBJ.
Setelah siasatan di lakukan, nota yang di temui pada pemuda itu adalah milik pegawai polis kosntabel yang terkorban. Namun pemuda ini menunjukkan notis miliknya yang berlainan bunyi dan maksud. Tertulis,

"DS N, KJ, Chamil Parjo dan Pak Dah adalah musuh bangsa. Mereka bertopengkan melayu tapi sebenarnya pengkhianat bangsa. Ambil pistol ini dan tembak dada mereka." ---

sumber: umnomore

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive