07 October 2008

REPLIKA DSAI: SEDIA DIROBOHKAN JIKA TERUS JADI KONTROVERSI

MALAYSIAKINI: Jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim, penduduk setempat bersedia untuk menurunkannya, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

"Saya tidak mahu isu ini menjadi besar. Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat. "Saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Melayu dan (lagi pun) Deepavali pun sudah dekat," katanya kepada Malaysiakini.

Deepavali akan disambut pada 27 Oktober.Sebelum replika itu didirikan hujung bulan lepas, tambahnya, beliau pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu tetapi mereka menjelaskan "tidak salah" membina imej sedemikian.Viriya berkata beliau tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk setempat dan hanya mengetahuinya melalui media.

"Tiada teguran (daripada penduduk), hanya (pemimpin) Umno (di media) sahaja yang tegur," katanya.Tambahnya, yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement di Batu Caves, projek ini asalnya usaha sekumpulan penduduk di situ.

"Projek ini kita buat sendiri, ramai yang menyumbang. (Replika) ini bukan projek persatuan penduduk," kata Viriya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive