17 November 2008

Eksklusif: Sah, Tuntutan RM8,000 Ada Bukti, Angkasawan Negara Kini Sawan Dengan Angka - malaysiakini

BANDAR JENGKA: Baru-baru ini gempar dengan kisah Syeikh Muszaffar menuntut sehingga RM8,000 dalam satu sessi ceramahnya. Kerajaan berjanji untuk menyiasat perkara tersebut kerana beliau masih dalam kontrak dan seharusnya tidak menuntutnya jumlah sedemikian.
Semalam saya menerima satu mesej dari seorang staf UiTM Jengka yang memaklumkan, pihak UiTM Jengka telah membayar sebanyak RM7,000 kepada Dr Syeikh Muszaffar Shukor, Angkasawan Negara ketika memberikan ceramahnya baru baru ini.
Menurut pemberi maklumat tersebut, angkasawan negara itu pada asalnya menuntut bayaran sebanyak RM8,000 sebelum beliau memberi persetujuan untuk menyampaikan ceramahnya.
Selepas rundingan dibuat bayaran itu telahpun dikurangkan kepada RM 7,000. Sekiranya maklumat yang saya terima ini benar, maka sewajarnyalah pihak UiTM melaporkan kepada kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu siasatan. MOSTI dalam kenyataan terbarunya meminta orang awam yang membuat dakwaan angkasawan itu mengenakan caj sehingga mencecah RM 8000 perlulah mengemukakan bukti dalam tempoh dua minggu untuk diteliti. http://www.tukulbesi.blogspot.com/

[Jika laporan ini ada kebenarannya, maka diminta pihak terbabit menghubungi MOSTI dan tidak menyembunyikan bukti mengenai hal ini. Kita khuatir, ada pihak yang akan menghapuskan bukti-bukti tersebut, tambahan pula Uitm di pimpin oleh proksi UMNO Ibrahim Abu Shah. Maka itu kita yakin semua ini berlaku dan bukan sekadar omongan kosong semata-mata. Rupanya memang benar kata orang "Angkasawan Negara" kini sudah menjadi dengan "Sawan""Angka". Beliau cukup takut rahsianya bocor dan telah datang sendiri membuat laporan di MOSTI kononnya beliau tidak mendesak, tetapi ia diberikan oleh pihak terbabit. Lucu bunyinya, semoga ini menjadi pengajaran kepada kerajaan bahawa tiada faedahnya menghantar angkasawan yang akhirnya menyusahkan rakyat. Lebih baik wang jutaan ringgit itu dilaburkan untuk pembangunan rakyat daripada dihabiskan untuk seorang individu yang kini sawan pula dengan angka]. - Pahang Daily
Artikel terdahulu DI SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive