15 November 2008

Ketua UMNO Larut: Hamzah, Zainuddin Terus Bertelagah - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, beliau tidak berniat mengancam kedudukan sesiapa apabila menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Larut.
Hamzah berkata, beliau setuju untuk bertanding apabila meyakini bahawa majoriti anggota di kawasan Parlimen itu mahukan perubahan dan telah meminta agar beliau bertanding jawatan itu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah 70 peratus daripada ketua cawangan dan perwakilan Umno bahagian itu mahukan supaya beliau bertanding.
"Soalnya adakah kemasukan saya ke bahagian Larut dan kemudiannya bertanding Ketua Umno Bahagian Larut mengancam kedudukan sesetengah pihak?," tanya Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Hamzah sebelum ini merupakan Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat, tetapi pada pilihan raya umum lepas beliau bertanding kerusi parlimen Larut dan kemudian memindahkan keanggotaannya ke Umno Bahagian Larut. Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menolak pencalonan Hamzah atas alasan Hamzah tidak layak bertanding kerana menjadi anggota bahagian itu selepas 31 Disember 2007.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan keputusan membenarkan Hamzah bertanding sebagai Ketua Umno Bahagian Larut berdasarkan kepada peraturan parti.
Tengku Adnan berkata, ia adalah sebagaimana kebenaran diberikan kepada Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bertanding di Kulim/Bandar Baharu, Kedah setelah bertukar dari Umno Bahagian Baling.
Selain itu, katanya bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa juga dibenarkan bertanding di Umno Bahagian Sik setelah bertukar dari Kepala Batas, Pulau Pinang manakala Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dibenarkan bertanding apabila bertukar ke bahagian Parit Sulong, Johor. BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive