Oleh Noor Hayati Muda
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pada ketika ramai beranggapan isu pucuk pimpinan Wanita Umno telah usai dengan ikrar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk akur dengan pelan peralihan kuasa yang dicadangkan ketuanya Tan Sri Rafidah Aziz, tiba-tiba muncul "orang ketiga" bagi menyulitkan keadaan.
Datuk Kamilia Ibrahim, yang memperoleh 55 pencalonan bagi jawatan naib ketua yang kini disandang Shahrizat, dilapor 'berkeras' untuk bertanding kerusi nombor dua pergerakan itu kerana tidak menyertujui pelan peralihan kuasa yang dirancang pada Jun tahun depan kerana menyifatkannya sebagai bukan amalan Umno selain tidak ada dalam perlembagaan parti.
Dalam isu ini, Shahrizat yang layak bertanding jawatan ketua, tersepit antara janjinya kepada Rafidah untuk menunggu sehingga Jun tahun depan, dan kedudukannya sebagai orang nombor dua yang mungkin tergugat.Mungkin atas faktor itulah Shahrizat membuat kenyataan berdolak-dalik apabila mengulangi permintaan supaya Rafidah mempertimbangkan cadangannya agar peralihan kuasa itu dipercepatkan kepada Mac, sehari selepas bersetuju untuk akur dengan perancangan asal.
Baik Rafidah, Shahrizat mahupun Kamilia, masing-masing sudah pasti ada alasan kukuh mengapa mereka bertegas dengan pendirian mereka, namun bagi pemerhati politik dan juga anggota Wanita Umno sendiri, pergelutan itu dilihat hanya akan meruntuhkan sayap paling kanan dalam parti terbesar orang Melayu itu.
Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein berpendapat Shahrizat sewajarnya patuh kepada janji yang dibuat sebelum ini memandangkan pelan peralihan kuasa itu adalah untuk kebaikannya juga."Saya melihat pelan peralihan itu sebagai cara Rafidah memberi peluang kepada Shahrizat untuk ambil alih kuasa secara elok tanpa perebutan kuasa. Sekalipun selepas ini Shahrizat hanya memangku, sekurang-kurangya dia boleh membuktikan kewibawaannya untuk memimpin," katanya kepada Bernama.
Ahmad Atory, bekas pensyarah di Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia, berkata pada hakikatnya juga Rafidah tidak perlu berbuat demikian kerana Wanita Umno tidak mempunyai masalah kepimpinan yang serius."Walaupun Shahrizat ada pengikut dia, saya rasa kalau Rafidah nak pertahankan jawatan dia, dia masih boleh menang. Tetapi dia pun faham, dia dah lama dan kalau bertanding akan wujud puak-puak," katanya.
Ahmad Atory bagaimanapun tidak menolak kemungkinan konflik yang melanda pergerakan itu berpunca daripada syak wasangka terhadap keikhlasan Rafidah untuk menyerahkan kuasa kepada Shahrizat pada Jun nanti, memandangkan pada waktu itu negara mungkin mempunyai barisan kabinet yang baru."Saya tak fikir Rafidah akan mungkir janji tetapi kalau dia nak teruskan pun, tak ada masalah sebab dia Anggota Parlimen (Kuala Kangsar), sedangkan Shahrizat kalah (kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya Mac lepas).
"Nasihat saya pada Shahrizat, jangan diteruskan hasrat nak lawan Rafidah kerana ini akan sebabkan perpecahan. Ini tak boleh berlaku sebab Wanita adalah tulang belakang dalam Umno, sedangkan Umno sendiri secara keseluruhan sedang goyah dan Wanita harus jadi penawar," katanya.Barangkali pandangan Ahmad Atory itu ada kebenarannya memandangkan beberapa Ketua Wanita Umno Bahagian menyatakan mereka mempunyai calon lain untuk diketengahkan sebagai naib ketua.
"Memanglah dia (Shahrizat) berhak dan ikut demokrasi dia layak bertanding. Tetapi kalau nak ikutkan ramai lagi yang layak, yang berkaliber, tapi kita pilih dia sebab dia layak diberi peluang," kata Ketua Wanita Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Munaliza Hamzah.Pendapat serupa diutarakan Ketua Wanita Umno Bahagian Tanah Merah Datin Suhainie Deraman yang berkata mereka memilih Shahrizat kerana berpegang pada ikrar yang dibuat olehnya pada Ogos lalu iaitu menyokong peralihan kuasa pada Jun 2009.
"Bila dia (Shahrizat) buat keputusan seperti ini, dia sebenarnya telah menidakkan peluang orang lain sebab ramai lagi yang layak sebenarnya. Tetapi dalam keadaan sekarang ini saya fikir akar umbi pun dah buat keputusan. Takkanlah mereka nak pilih pemimpin yang tidak berpegang pada janji," katanya.Suhainie berpendapat Shahrizat tidak kehilangan kuasa walaupun hanya sebagai pemangku untuk tempoh tiga tahun akan datang.
"Pada saya walaupun Shahrizat jadi pemangku nanti, hakikatnya dia ada kuasa penuh sebagai ketua untuk buat keputusan, ini bukanlah satu isu. Macam sekarang, dia jadi naib ketua pun bukan dia yang buat keputusan."Isunya nanti sama ada dia berupaya mengawal exco-exco yang akan terpilih pada pemilihan parti Mac ini," katanya.
Beliau berkata tidak wajar ada pihak yang mempertikaikan keihklasan Rafidah memandangkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip.
"Sekarang siapa yang tidak berpegang kepada prinsip, sedangkan Rafidah sudah menyatakan dengan jelas bahawa beliau nak gunakan tiga bulan itu untuk turun ke bawah berjumpa akar umbi cari jalan rawat parti," kata Suhainie.
Masing-masing juga menyuarakan kebimbangan jika Shahrizat bertegas untuk melawan Rafidah, Wanita Umno akan mengalami perpecahan yang lebih buruk berbanding semasa pemilihan pada tahun 1996, yang menyaksikan kekalahan Rafidah kepada Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman."Pada masa tu kita boleh lihat senarai exco yang jelas. Kali ni tak ada," katanya.
Di sebalik semua ini, ada cakap-cakap yang membayangkan jika Rafidah berjaya mempertahankan jawatannya menentang Shahrizat, maka pelan peralihan kuasa yang dijadual Jun itu akan terbatal.Cakap-cakap itu timbul berasaskan andaian bahawa janji tersebut adalah antara Rafidah dan Shahrizat, bukan antara Rafidah dan Kamilia.
Namun jika itu yang berlaku, apakah mungkin gandingan Rafidah dan Kamilia (yang sudah pasti menang tanpa bertanding jika Shahrizat bertanding Ketua Wanita) akan berjaya menggerakkan sayap itu untuk mengukuhkan Umno sebagai sebuah parti?Banyak implikasi yang harus difikirkan oleh Rafidah, Shahrizat dan Kamilia sebelum pemilihan berlangsung Mac ini.-- BERNAMA
1 comment:
salam perpaduan..
soal isu wanita umno kini adalah menjadi agenda dan perhatian semua pihak.
siapa perlu menjadi center point kini.Rafidah, shahrizat atau kamilia?
betul kata Prof Atory.Tapi itu hanya pandangan orang akademik.Bukan nak perkicailkan orang akademik, tapi mereka ini golongan yang 'one way straight'.Sebabnya hidup mereka adalah berlandaskan modul atau pun prinsipal dalam buku.sedangakn realiti hidup ini boleh jadi pelbagai cara dan pelbagai helah.
ayuh kita perhitung secara kasar sekejap.
1.andai shahrizat komited dengan pelan peralihan kuasa,maka rafidah ada 3bulan untuk menyakinkan najib bahawa dia boleh menerajui sebagai menteri.kalau nak cerita soal komited pada janji, rafidah adalah orang yang paling munafik.kerana bercakap depan quran tanpa tudung dan asyik kata last term.tapi sambung aje.
2.andai shahrizat pengecut untuk bertanding, dia mungkin akan menang apabila berdepan dengan kamilia.TETAPI dia telah kalah dengan naluri serta momentum hati dan perasaan wanita yang telah sekian lama menantinya untuk naik.Ini pasti akan menyukarkan untuk berlaku revolusi kepimpinan wanita kelak malah segala usaha shahrizat untuk membantu wanita kelak di malaysia pasti akan terjejas.
3.Andai kamilia tetap bertegas untuk bertanding maka dia telah berani membawa suara pembaharuan terhadap kepimpinan rafidah yang boleh disifatkan sebagai monopos.Sebab hari ini tiada pembaharuan yang dilakukan oleh wanita melainkan cincin dan gelang emas exco-exco wanita.
4.mengapa rafidah kena berundur kerana dia perlu berfikir untuk membuat dua keputusan.Sama ada memikirkan kroni serta duit dalam bra masing-masing atau memikirkan sokongan wanita Umno kian padu seperti mana zaman ketika kaum ibu dulu.Ketika ini rafidah kena ingat, sejarah wanita itu.If rafidah menggunakan alasan 'komited' dan gagal kali ketiga membawa aura wanita, kaya macam mana pun rafidah adalah loser.Shahrizat adalah coward.Layaklah kubur mereka dilangkah oleh pewaris wanita.
5.rafidah perlu menasihatkan agar maznah mazlan dan halimah sadique nie silent.Kalau maznah kata kamilia ingkar, dia ni memang bodoh nak mampus.sebabnya dia pun dapat pencalonan dari bahagian pahang.maka dia pun dah melobi tapi kenapa tak ingkar? macam tue jugak halimah sadique.
6.Bolehkah kali ini shahrizat bertahan gelora majoriti suara makcik2 dikampung2? adakah shahrizat yakin jika dia komited dengan pelan peralihan ini, jawatannya sebagai penasihat PM akan selamat? atau mungkin tak dapat dah.
Ingatlah wanita.hari ini apa yang berlaku dalam wanita sebenarnya bukan lah suara dari perwakilan sahaj tapi suara dari orang kampung.bagi mereka shahrizat menjadi ikon mereka.rafidah,undurlah.kita ada agama,kita ada kubur,kita ada hutang dalam agama yang perlu selesaikan.andai rafidah kekal, maka samalah rafidah dengan samy vellu yang bontotnya dah melekat pada kerusi tu.pikirlah wahai rafidah, jangan ego.dengar suara orang kampung yang nak shahrizat naik.bukan dengar suara maznah mazlan,halimah sadique,faridah tua kerepot,sharipah noli yang kalah tu...
fikirlah....
salam muhibbah
Post a Comment