15 November 2008

Renungan Pagi: Ikan Yu Berkaki - malaysiakini


GEORGE TOWN - Seorang ejen insurans di sini, terkejut dan tidak menyangka seekor ikan yu yang dihadiahkan oleh rakannya hasil memancing di kawasan pantai dekat sini mempunyai sepasang kaki.
Menurut Lai Kean Cheong, 29, ikan yu aneh yang ditangkap rakannya itu memiliki sepasang kaki yang lengkap berjari.
Katanya, beliau dan rakannya pada mulanya tidak menyedari kewujudan kaki pada ikan yu tersebut dan menganggap ia adalah ikan biasa.
"Namun sewaktu saya ingin bersihkan ikan tersebut dua hari lalu kerana diliputi pasir, baru saya perasan kewujudan kaki itu yang seolah-olah seperti kaki itik.
"Ini kali pertama saya jumpa ikan pelik macam ini dan harap ikan itu bawa tuah kepada saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kean Cheong berkata, ikan itu masih disimpan di rumahnya dan bersedia menjualnya kepada sesiapa yang berminat.
"Kalau sesiapa nak beli ikan itu, saya sedia menjual asalkan ada tawaran yang menarik," ujarnya yang memberitahu beliau boleh dihubungi menerusi talian 017-5555838. -- Kosmo Online
mSenja: Mungkin kaki-kaki 4D umno perlukan benda-benda aneh macam ni untuk tujuan dapatkan nombor ekor..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive