Showing posts with label Aneh. Show all posts
Showing posts with label Aneh. Show all posts

27 September 2014

Wanita Milikii Tiga Payudara

alt
Mimpi Jasmine Tridevil untuk menjadi orang terkenal dan mempunyai rancangan realiti sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Namun untuk mencapainya, dia harus rela menjalani pembedahan iaitu menambah payudara ketiga yang ditanam di antara kedua-dua payudara asalnya.
Keinginan perempuan berusia 21 tahun itu sempat mendapat penolakan dari 50 doktor, dengan alasan untuk menghormati kod etika.
"Itu benar-benar sukar mencari seseorang yang bersedia melakuan hal ini. Saya menelefon seperti 50 atau 60 doktor, dan tidak seorang pun ingin melakukannya, "katanya.

30 July 2013

Objek putih menyerupai orang rukuk dilihat di dahan pokok

  • Anggap kewujudan objek rahmat RamadanObjek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.


KOTA BHARU- Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.
“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

16 August 2012

Kejadian aneh : Kubur Seorang Petani Bercahaya Sehingga Ke Langit |

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Cintakan Al-Quran, Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

19 February 2012

Kejadian aneh berlaku di padang golf ketika azan


Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

06 February 2012

Kuasa Tuhan ..... apa-apa saja boleh jadi

BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

24 September 2010

Lelaki Tertinggi dan Terpendek dari Pakistan kini di Melaka

Aku tak pasti samada di bawa oleh Ali Rustam atau datang dengan promoter sendiri, tapi pagi ini lelaki tertinggi dan terpendek di Pakistan kini berada di Mahkota Parade, Melaka. Aku sempat mengambil gambar dan butir-butir peribadi mereka seperti di bawah ini

Ali Zaman (berbaju biru) dan Haq Nawaz (bersongkok) bergambar di hadapan pintu masuk Mahkota Parade Melaka bersama-sama kakitangan 'promoter' mereka
Lelaki terpendek di Pakistan:

Nama: Ali Zaman
Tinggi : 39 inci
Berat : 25 kg
Asal : Jehlum. Suhawa (Punjab, Pakistan)
Pekerjaan : Artis TV
Status : Berkahwin (Isterinya mempunyai ketinggian biasa)
Sukan kesukaan : Kriket

Lelaki tertinggi di Pakistan

Nama : Haq Nawaz
Tinggi : 7' 8" (245 cm)
Berat : 130 kg
Saiz Kasut: 19
Asal : Bahawalpur (Punjab, Pakistan)
Status : Bujang
Makan pagi : 8 Pratha, 12 biji telur, 5 kg susu, 1 jug air
Makan tengahari : 16 buku roti, 5 kg daging dan 2 kg Biryani

15 November 2008

Renungan Pagi: Ikan Yu Berkaki - malaysiakini


GEORGE TOWN - Seorang ejen insurans di sini, terkejut dan tidak menyangka seekor ikan yu yang dihadiahkan oleh rakannya hasil memancing di kawasan pantai dekat sini mempunyai sepasang kaki.
Menurut Lai Kean Cheong, 29, ikan yu aneh yang ditangkap rakannya itu memiliki sepasang kaki yang lengkap berjari.
Katanya, beliau dan rakannya pada mulanya tidak menyedari kewujudan kaki pada ikan yu tersebut dan menganggap ia adalah ikan biasa.
"Namun sewaktu saya ingin bersihkan ikan tersebut dua hari lalu kerana diliputi pasir, baru saya perasan kewujudan kaki itu yang seolah-olah seperti kaki itik.
"Ini kali pertama saya jumpa ikan pelik macam ini dan harap ikan itu bawa tuah kepada saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kean Cheong berkata, ikan itu masih disimpan di rumahnya dan bersedia menjualnya kepada sesiapa yang berminat.
"Kalau sesiapa nak beli ikan itu, saya sedia menjual asalkan ada tawaran yang menarik," ujarnya yang memberitahu beliau boleh dihubungi menerusi talian 017-5555838. -- Kosmo Online
mSenja: Mungkin kaki-kaki 4D umno perlukan benda-benda aneh macam ni untuk tujuan dapatkan nombor ekor..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive