14 November 2008

MAZA: Mak Nyah juga patut diharam - malaysiakini

KUALA LUMPUR - ''Fatwa pengkid harus menyeluruh termasuk mengharamkan juga perbuatan lelaki yang menyerupai perempuan atau mak nyah.''
Itu pandangan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai mengulas isu fatwa pengkid yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober lalu.
Menurutnya, pengkid dan mak nyah diharamkan dalam Islam tetapi fatwa itu hanya merujuk kepada pengkid sahaja.
Katanya, isu itu jika dibiarkan boleh mencetuskan kecelaruan dan pertikaian.
''Ia boleh dibincangkan secara terbuka tetapi perlu dilakukan dengan berhemah, bukan melalui demonstrasi,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Farid Ravi Abdullah pula mahu isu itu dibincang secara tertutup.
Katanya, ini kerana hanya kumpulan kecil sahaja dalam masyarakat yang mempersoalkan fatwa berkenaan. -- Kosmo

1 comment:

Anonymous said...

bagaimana dgn pegawai kerajaan makan suap, kickback dll?
itu tidak haram kah?
ISA betul dalam Islam kah?
VIP politik berfoya2 di kelab malam itu tidak diharam?

aneh sangat prioriti majlis fatwa nasional.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive