Perubahan pendirian tidak sampai 24 jam selepas mesyuarat Exco
PETALING JAYA: Selepas lebih 24 jam Wanita Umno mengadakan mesyuarat Exco memutuskan untuk menerima pelan peralihan Jun 2009, dua pemimpin kanan pergerakan itu membayangkan petanda baru, yang jelas bahawa akan ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita.
Mengambil kira kenyataan Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalin dan Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim hari ini, pergerakan itu juga bakal menyaksikan pertandingan.
Shahrizat berkata, beliau masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.
"Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita Umno hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan.
"Seterusnya jawatan Ketua Wanita Umno hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan. --- seterusnya DI SINI
1 comment:
Nampaknya sejak kebelakangan ini orang Melayu dan agama Islam diserang dengan begitu nekad di negara ini. Nampaknya juga sejak PRU12, MCA, MIC dan Gerakan bertungkus-lumus menjadi jaguh untuk kaum Cina dan India. Mereka ini berani mengkritik Majlis Fatwa Kebangsaan, mempersoalkan keistimewaan orang Melayu, bahkan, berani menghina agama Islam dan Nabi saw. Serangan yang terkini datangnya dari blog pro MIC. Ikut link ini http://indiansmalaya.blogspot.com
Post a Comment