Perkembangan politik tanahair akan menyaksikan dua pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini. Satu di Kedah dan satu lagi di Perak, negeri yang dianggap paling panas dalam sejarah politik tanahair kini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari PKR, V Arumugam telah pun meletak jawatan kerana di katakan menerima ugutan dari puak-puak BN yang ingin beliau menyertai BN.
V. Arumugam telah memenangi kerusi DUN Bukit Selambau atas tiket Bebas dalam PRU12 baru-baru ini dan kemudian nya menyertai PKR.
Dan yang terbaru adalah kembalinya ke rahmatullah YB Ustaz Roslan Shahrum (PAS) Ahli Parlimen Bukit Gantang pagi ini.
Ini bermakna pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari untuk kedua-dua kerusi di atas
Berita lanjut di SINI
TERKINI : sehingga kini Arumugam masih belum memaklumkan peletakan jawatannya secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). -- mStar
1 comment:
kenapa bagi fitnah kata adun selambau tu dipaksa masuk BN... taktik kotorlah korang nih
Post a Comment