10 February 2009

Kerusi Bkt Selambau dikosongkan, KeADILan hargai Arumugam - malaysiakini

Selasa, 10 Februari 2009

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI (SK) - Perletakan jawatan V Arumugam sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dihargai oleh kepimpinan KeADILan.

Dalam pesanan yang disampaikan Ketua Umum parti ini, Anwar Ibrahim, beliau berkata khidmat dan jasa yang telah dilaksanakan Arumugam diterima dan ianya dihargai oleh semua peringkat parti.

“Mewakili seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Arumugam di atas jasa dan khidmat yang beliau berikan,” menurut Anwar yang dipetik melalui blognya.

Arumugam bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 tahun lepas, atas tiket bebas - sebelum menyertai KADILan selepas Pilihanraya - memenangi kerusi DUN Bukit Selambau setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 7,695 undi.

Semalam, Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak dalam sidang media mendedahkan perletakkan jawatan Arumugam adalah akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional.

Azizan dipetik berkata, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau.

Menurut Anwar, pendedahan Azizan itu adalah sangat mengejutkan mengenai perletakan jawatan itu sangat mengejutkan.

“Nampaknya perubahan yang dijanjikan (BN) hanyalah gimik semata. Rakyat sedar akan permainan silap mata ini, dan rakyat jualah yang akan menentukan keputusannya,” tambah Anwar lagi.

Awal bulan ini, Arumugam telah mendedahkan bahawa keselamatan beliau dan keluarganya telah diancam oleh pihak Barisan Nasional semenjak pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.

Antara insiden-insiden yang dihadapi beliau ialah cubaan menculik beliau pada 17 Oktober lalu, mengugut pegawainya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31 Mac 2008, mengugut keselamatan keluarganya.

Selain itu insiden memecahkan cermin kereta rasmi Exco kerajaan negeri model Proton Perdana dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17 Disember lepas, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk beliau keluar dari KeADILan serta menawarkan beliau habuan yang lumayan.

Selain kekosongan kerusi di Bukit Selambau, satu lagi kerusi Parlimen di Bukit Gantang, Perak telah kosong kerana penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia semalam.

Dalam pada itu, dua pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan. -- Suara Keadilan
Pilihan Raya Kecil di 2 Bukit DI SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive