[DIKEMAS KINI, 4.50 PETANG] KUALA KANGSAR: Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (gambar) dari Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak baru - yang ke-11 - di Istana Iskandariah sebentar tadi.
Zambry mengangkat sumpah di sebalik kegawatan politik yang melanda negeri itu sekarang.
Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, wakil Pakatan Rakyat dan PAS, pula sehingga majlis angkat sumpah itu masih menganggap sebagai Menteri Besar Perak.
Beliau menerima watikah lantikan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seterusnya mengangkat sumpah di hadapan baginda kira-kira pukul 4 petang tadi.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor semalam diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.
Sementara itu, ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di luar istana membantah upacara tersebut. -- mStar
No comments:
Post a Comment