IPOH: Sehari selepas dititahkan Sultan Perak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh pagi ini.
Beliau memasuki bangunan SUK menaiki kenderaan rasmi baru kerajaan negeri, Toyota Camry. Beliau dibenarkan melalui pintu masuk utama di jalan utama yang menghala bangunan tersebut pada pukul 9.50 pagi.
Kesemua 10 Exco Pakatan Rakyat yang bersama beliau juga dibenarkan masuk.
Bagaimanapun, kira-kira 25 minit kemudian, Nizar diiringi keluar daripada pejabat MB yang kini kosong di bangunan tersebut oleh Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias yang turut menghalang Nizar daripada mengadakan sidang media di pejabat tersebut.
Kira-kira pukul 10.40 pagi, Nizar meninggalkan bangunan SUK dan sebelum itu memberitahu wartawan yang beliau dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah pada pukul 3.30 peatng ini.
Pintu masuk ke bangunan SUK yang telah ditutup pada jam 9.25 pagi tadi.
Hanya kakitangan awam yang bertugas di bangunan tersebut sahaja yang dibenarkan masuk.
Nizar pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh semalam mengumumkan keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. -- mStar

No comments:
Post a Comment