Feb 6, 09 9:02pm
Barisan pemimpin atasan Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan mengosongkan pejabat rasmi menteri besarnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai "rampasan kuasa yang biadap.""Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut," kata tiga pemimpin kanan tiga parti gabungann itu dalam satu kenyataan bersama.
Mereka merujuk kenyataan Mohammad Nizar pagi ini selepas ke pejabatnya dan mendapati ia telah dikosongkan dan "barang- barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya."Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata mereka akan mencabar legitimasi pelantikan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Mereka juga menyeru orang ramai yang tidak berpuas hati dengan babak-babak peralihan kuasa di negeri Pakatan itu "bertindak secara aman dan tertib."
Sebelum itu, dalam sidang media mereka di Petaling Jaya (foto) sejurus selepas majlis angkat sumpah Dr Zambry, Anwar berkata Pakatan masih menerima tindakan lompat parti kerana peraturan sekarang mengharamkan wakil rakyat meletakkan jawatan.
Dalam kenyataan berasingan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membantah keputusan Sultan Perak menitahkan Mohammad Nizar melepaskan jawatannya semalam.
"Mohammad Nizar hanyalah boleh diturunkan daripada kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukandi Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ia bersidang," katanya."
PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di Perak pada masa kini boleh dielakkan daripada menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan dijadikan rujukan."
Tambah Abdul Hadi, PAS yakin bahawa jika permohonan menteri besar Pakatan Rakyat itu untuk membubarkan DUN diterima, maka suasana tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.
Beliau juga menyeru para penyokongnya di seluruh negara bertenang dan "tidak terjebak dalam perangkap provokasi" yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. -- malaysiakini
2 comments:
"BERTENANG" Masa ada lagi"Esok masih ada".this is not the end of the world.Pada saya, PKR tumpukan sepenuh masa perkuatkan benteng dan jentera dalaman untuk menghadapi PRU13.Kebanyakan orang Melayu dah meluat dan bosankan UMNO apatah lagi BN.Yang bersama2 UMNO la ni terdiri dari orang yang termakan budi yang tak sedarkan diri dan OPOTUNIS.Kebanyakanya opotunis tiada pendirian hidup mementingkan diri sendiri.Kita kata haram mereka kata halal.Biarlah mereka ini bergelumang dengan NAJIS.Saya senang dengan cara hidup dan penampilan Tok Guru Nik Aziz.
16 sept lalu kamu nak rampas kuasa dengan cara lompat orang BN ke PR.Malangnya kamu gagal.
Sekarang BN buat cara yang sama dan mereka berjaya.
Jadi janganlah marah sangat.Nak lawan kena gentleman lah.Kalau menang bersyukurlah tapi kalau kalah janganlah sampai naik gila.Pandailah malu sikit.
Post a Comment