04 April 2009

Pilihanraya Kecil Bukit Gantang: Zahid Hina Kaum Cina



TAIPING Ini satu info terkini yang kami terima dari Bukit Gantang. Ia pasti memeranjatkan dan tidak sepatutnya berlaku. Gara-gara mahu menagih undi dari masyarakat kaum Tionghua di sini, UMNO dan Barisan Nasional telah menaja satu konsert "Tarian Separuh Bogel".

Paling mengejutkan ialah ia direstui pula oleh salah seorang Naib Presiden UMNO yang ditugaskan menjawa Parlimen Bukit Gantang iaitu orang yang "menganiaya" Anwar Ibrahim ketika bersama UMNO dulu Zahid Hamidi (foto). Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama tanpa segan silu telah berada di "saf hadapan" program tersebut.

Tambah memalukan bila beliau menghina kaum Tionghua, kononnya acara itu adalah sebahagian daripada "budaya kaum Cina". Kenyataan beliau ini telah mengundang kemarahan kaum terbabit di sini dan ada diantara mereka yang awal-awal lagi sudah mengatakan mereka akan "ajar Zahid" atas kebiadapan Menteri UMNO itu.

Apa sudah jadi dengan Zahid sebenarnya?. Apakah beliau sedar apa yang diungkapkan itu agaknya?. Mungkin sebelum ini ada acara seperti itu diadakan tetapi mengikut perayaan tertentu dan bukannya satu budaya kaum Cina seperti yang diperkatakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive